(Video) Analogi ‘Makcik Kiah’ Trending, Penjelasan PM Buat Rakyat Mudah Faham Dengan Bantuan Diberi

Bagi anda yang tidak sempat menonton perutusan Perdana Menteri sebentar tadi, mungkin anda tertanya-tanya siapakah Makcik Kiah.

Watak ini merupakan contoh yang diberi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menghuraikan jumlah keseluruhan manfaat yang diterima bagi satu keluarga melalui dalam inisiatif ekonomi bagi menghadapi krisis COVID-19 ini.

Ia pantas menjadi bualan khususnya dalam kalangan netizen dan kini nama Mak Cik Kiah disebut-sebut di media sosial.

Faedah tersebut bakal diperoleh berdasarkan pemberian tunai dan penjimatan diberi oleh kerajaan sepanjang tempoh tersebut.

Jika keluarga anda seperti Makcik Kiah, faedah yang anda bakal perolehi mungkin boleh mencecah sekurang-kurangnya RM8,664. Jom telusuri ucapan Tan Sri Muhyiddin untuk penjelasan lanjut.

Saya nak beri satu contoh mudah supaya saudara saudari senang kira.

Makcik Kiah kita penjual pisang goreng yang duduk di PPR Desa Tun Razak. Suaminya pesara kerajaan dan kini membawa Grab. Anak Makcik Kiah ini peminjam PTPTN dan pendapatan isi rumah Makcik Kiah bawah RM4 ribu sebulan.

Keluarga Makcik Kiah akan dapat bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1600, tambah baki BSH sebnayak RM600, bantuan pesara kerana suaminya pesara RM500, bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500 dan bantuan orang bujang sebanyak RM800 kerana anaknya bujang.

Jika suaminya berkhidmat dengan RELA, dia juga dapat RM200 sebulan hingga wabak ini berakhir.

Keseluruhan secara tunai, pendapatan makcik kiah sekurang-kurangnya RM4200.

Selain itu keluarga Makcik Kiah juga akan mendapat penjimatan sewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744. Penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama enam bulan, sebanayk RM1800, penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulan sebanyak RM120.

Anak Makcik Kiah juga akan mendapat pinjaman penjimatan dari penangguhan bayaran balik PTPTN selama enam bulan sebanyak RM1,200.

Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro pula untuk perniagaan pisang goreng dengan bayaran balik pinjaman RM100 sebulan, Makcik Kiah akan mendapat penjimatan sebanyak RM600.

Keseluruhan penjimatan ialah sebanayk RM4,464.

Jadi keseluruhan nilai manfaat yang diterima oleh keluarga Makcik Kiah ini termasuk pemberian tunai dan penjimatan adalah RM8,664.

Jadi makcik kiah pun agak boleh tersenyum sikit dengan kiraan yang saya buat ini.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan matlamat pakej ini dilaksanakan.

“Langkah yang telah diperkenalkan dalam pakej ini bertujuan untuk memastikan aktiviti ekonomi negara ini berterusan melalui terutamanya melalui penyaluran tunai melalui bantuan prihatin nasional.

“Kerajaan akan beri tumpuan kepada aktiviti pelaburan dalam negara yang mempunyai kesan berganda yang tinggi dan mengekalkan pekerjaan,” katanya.

Ucapan bermula pada minit 44:26.

Sumber: RTM

The post (Video) Analogi ‘Makcik Kiah’ Trending, Penjelasan PM Buat Rakyat Mudah Faham Dengan Bantuan Diberi appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments