Tiada Istilah ‘Perubatan Isl4m’ Dr Maza Akhirnya Luah Sesuatu Ada Kaitan Dengan C0v 19

ISL4M tidak pernah memperkenalkan mana-mana perubatan tertentu yang menyandarkan kepada agamanya seperti amalan j4mpi atau penggunaan bahan tertentu seperti yang didkwa sesetengah pihak dalam menghadapi wbak C0v-19.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Isl4m menyuruh umatnya untuk berubat dengan mana-mana kaedah perubatan sekiranya mereka sak1t selagi mana kaedah itu tidak membabitkan perbuatan syir1k dan meny4lahi akidah.

Beliau berkata, tiada istilah ‘perubatan Isl4m’ yang hanya merujuk kepada j4mpi atau bahan (tertentu) yang (pernah) disebutkan oleh Nabi Muh4mmad SAW semata.

“Apa sahaja ubat yang mengikut kaedah yang betul maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh syarak. Ini termasuk perubatan dan ubat yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW, atau selainnya yang mengikut disiplin ilmu perubatan.

“Jika perubatan moden seperti perubatan kaedah cina, atau India, Melayu yang tidak h4ram (di sisi Islam), khur4fat atau sy1rik maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh ag4ma.

“Malah jika diyakini boleh menyembuhkan seseorang yang sakit, maka ia disuruh oleh Isl4m tanpa mengira asal usul perubatan berkenaan,” katanya dalam kenyataan yag dimuat naik di Facebook miliknya, hari ini.

Mohd Asri berkata, terdapat beberapa hadis nabi menyarankan agar umatnya berubat dengan mencari penawar yang berkesan sehingga sembuh sekiranya seseorang itu ditimpa musib4h.

Namun jelasnya, terdapat juga beberapa hadis p4lsu yang mengaitkan beberapa hikmah perubatan tertentu dengan Isl4m dan Nabi Muhammad SAW.

“Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H) yang menulis kitab al-Tibb al-Nabawi (perubatan kenabian) mengingatkan dalam kitabnya al-Manar al-Munif bahawa satu ciri hadis palsu adalah hadis yang lebih berunsur ungkapan pengamal perubatan itu sendiri yang terbukti mengenai kepalsuannya.

“Malah di zaman sekarang sekiranya fakta sains berjaya membuktikan kes4lahan fakta satu-satu hadis, maka itu juga satu ciri atau penyebab bahawa hadis itu adalah p4lsu,” katanya.

Mohd Asri berkata, ada pun dua hadis yang meriwayatkan kelebihan kismis yang bagus untuk daya ingatan, Ibn al-Qayyim sudah menjelaskan keduanya adalah hadis p4lsu.

“Namun apa yang disebut oleh al-Quran seperti khasiat madu dan minyak zaitun, tiada sebarang syak mengenai kewahyuannya (divinity).

“Ini kerana madu dan minyak zaitun jelas diakui oleh al-Quran dan al-Sunnah sebagai bahan yang baik untuk kesihatan.

Cuma, bagaimanakah proses perubatan itu hendak dikendalikan atau kadar dan caranya memerlukan kajian ilmiah perubatan,” katanya.

Katanya, mengenai hadis sahih yang membicarakan kelebihan jintan hitam (habbatus sauda), berbekam, air kenc1ng unta, susu unta, oud hindi dan seumpamanya, ulama berbeza pendapat dalam mentafsirkannya sama ada ia adalah wahyu dari Allah atau budaya setempat.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : hmetro




Post a Comment

0 Comments