Tabung COVID-19 Kutip RM 8 Juta Setakat Ini, Akan Diguna Bantu Rakyat Terjejas Dengan PKP

MENTERI Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kutipan tabung sumbangan COVID-19 yang diperolehi setakat ini adalah sebanyak RM8.129 juta.

“70 peratus akan digunakan di peringkat awal, iaitu sebanyak RM5.68 juta untuk membantu rakyat yang terkesan, terutamanya golongan miskin yang terkesan akibat daripada sekatan pergerakan yang kita perkenalkan.

“Kementerian Pembangunan Wanita akan mengagihkan bekalan makanan kepada golongan miskin ini dan mereka yang memenuhi syarat (bantuan),” jelasnya dalam satu sidang media khas hari ini.

Sumber: BERNAMA

The post Tabung COVID-19 Kutip RM 8 Juta Setakat Ini, Akan Diguna Bantu Rakyat Terjejas Dengan PKP appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments