Persoalkan Bahaya Covid-19, Lelaki Jilat Barangan Di Pasaraya Undang Kemarahan

Mengejutkan, video seorang lelaki yang menjilat produk tandas di sebuah pasar raya menjadi tular di laman media sosial. Dia juga dilihat bertanya ‘Siapa yang takut dengan koronavirus?’.

Gambar: Metro UK

Dalam satu klip pendek, lelaki yang dipercayai berasal dari Missouri, AS itu dilihat menggunakan lidahnya dan menjilat item di rak sambil melihat kamera.

Gambar: Metro UK

Polis kini dalam usaha untuk menangkap lelaki tersebut selepas rakaman itu berulang kali dikongsi di Twitter. Ia datang hanya beberapa minggu selepas seorang lelaki ditangkap di Belgium kerana menjilat jari-jarinya dan mengelapnya di atas pemegang ketika dia menggunakan pengangkutan awam.

Menurut NHS, koronavirus biasanya tersebar melalui titisan pernafasan yang dihasilkan apabila seseorang yang dijangkiti batuk atau bersin.

Menurut penyelidik, Covid-19 juga boleh hidup di mana-mana sahaja permukaan antara beberapa jam hingga beberapa hari. Berapa lama virus boleh hidup pada objek bergantung pada bahannya.

Sumber: Metro UK

The post Persoalkan Bahaya Covid-19, Lelaki Jilat Barangan Di Pasaraya Undang Kemarahan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments