Pelawak Veteran Jepun Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Seorang pelawak veteran Jepun yang bernama Ken Shimura dilaporkan telah meninggal dunia pada Ahad akibat dijangkiti wabak Covid-19 di usia 70 tahun.

Shimura telah dimasukkan ke hospital pada 20 Mac selepas mengalami gejala demam dan radang paru-paru yang teruk. Beliau telah disahkan positif dijangkiti virus tersebut pada 23 Mac.

Difahamkan, beliau juga merupakan penggiat seni di Jepun pertama yang mengumumkan bahawa dirinya telah dijangkiti dengan virus tersebut.

Beliau berjaya meraih populariti kerana jenakanya yang mudah difahami dan membuat pelbagai video parodi yang mencuit hati, antaranya “mustache dance” dan lagu “Higashimurayama Ondo”.

Sebelum beliau dimasukkan ke hospital, beliau sedang membintangi sebuah rancangan bernama “Tensai! Shimura Dobutsuen” (Genius! Shimura Zoo), serta beberapa program TV lain yang sedang ditayangkan di Jepun.

Sumber: The Mainichi

The post Pelawak Veteran Jepun Meninggal Dunia Akibat Covid-19 appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments