Naim Daniel & Ismail Izzani Hasilkan ‘COVID-19’ Dalam Masa 24 Jam

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa sekarang pelbagai karenah selebriti tanah airdan antarabangsa dapat kita saksikan di laman media sosial.

Ada yang bersenam, ada yang melayan tarian Tik Tok dan tidakkurang juga meluangkan masa dengan berkarya sama ada dari segi penulisan atau mencipta lagu.

Itulah yang dilakukan oleh dua penyanyi muda lelaki paling popular di negara kita sekarang iaitu Ismail Izzani dan Naim Daniel. Mereka berdua telah mengeluarkan sebuah lagu yang unik berjudul ‘COVID-19’.

Menariknya, lagu tersebut dicipta oleh mereka dalam tempoh 24 jam sahaja. Lagu tersebut di muat naik ke laman YouTube Ismail Izzani pada 22 Mac lalu dan kini telah mencatatkan sebanyak 60 ribu views. Malah rakaman video di dalam muzik video ini mamaparkan di sebalik tabir bagaimana mereka menghabiskan masa di rumah sepanjang tempoh PKP.

Memetik laporan Berita Harian, Naim Daniel menjelaskan bahawa lagu yang dihasilkan bagi memberi kesedaran terhadap masyarakat mengenai bahaya virus tersebut merupakan cetusan idea Ismail.

Jelasnya, tiada sebarang niat untuk meraih keuntungan melainkan memberi kesedaran terhadap masyarakat.

Lagu tersebut dikatakan terhasil secara tak sengaja sewaktu Ismail muncul live di Instagram.

Naim Daniel yang juga juara Anugerah Juara Lagu Ke-34 dan bakal muncul sebagai back cover majalah MASKULIN isu April 2020 berkata tempoh Perintah Kawalan Pergerakan perlu diisi dengan seuatu yang bermanfaat bukan sahaja untuk dirinya tetapi masyarakat.

Tahniah MASKULIN ucapkan buat Naim dan Ismail kerana peka dan kreatif dalam menyampaikan mesej yang sangat penting tatkala negara berdepan krisis seperti sekarang.

The post Naim Daniel & Ismail Izzani Hasilkan ‘COVID-19’ Dalam Masa 24 Jam appeared first on MASKULIN.




ms

Post a Comment

0 Comments