Lingkungan Umur Dari 26-30 Tahun Dan 56-60 Tahun, Paling Ramai Positif Covid-19 – KKM

Statistik menunjukkan terdapat dua kumpulan umur masyarakat yang paling tinggi dijangkiti Covid-19 berbanding dengan kumpulan umur yang lain.

Dua kumpulan tersebut adalah daripada kategori umur lingkungan  26-30 tahun dan juga 56-60 tahun.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalm sidang media Perkembangan Covid-19 di Malaysia, sebentar tadi.

Menurut Dr Noor Hisham, antara faktor yang membawa kemungkinan dua golongan umur tersebut dijangkiti ialah mereka yang masih berdegil untuk keluar bergaul dan ketua keluarga yang terpaksa keluar membeli barang keperluan.

”Faktor pertama peringkat umur yang muda tu kita rasa mungkin daripada pelajar ataupun mereka yang kembali daripada luar negara ataupun mereka sering keluar untuk bergaul walaupun ada MCO.

”Peringkat yang kedua adalah kita lihat mungkin ketua rumah yang selalu keluar untuk membeli barang dan sebagainya, mungkin dijangkiti ketika keluar dari rumah itu,” kata Dr Noor Hisyam.

Setakat hari ini sahaja, negara telah mencatatkan jumlah keseluruhan kes positif jangkitan sebanyak 2,766 kes dan 43 kes kematian.

Manakala, jumlah keseluruhan mereka yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital adalah seramai 537 orang.

Sumber: Sidang Media KKM

The post Lingkungan Umur Dari 26-30 Tahun Dan 56-60 Tahun, Paling Ramai Positif Covid-19 – KKM appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments