Kerajaan Tetap Harga Siling Topeng Muka RM1.50 – Ismail Sabri

Menteri Kanan(Keselamatan), YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dalam satu sidang media yang dilakukan sebentar tadi mengumumkan bahawa kerajaan telah menetapkan harga siling topeng muka kepada RM1.50.

Beliau turut menegaskan bahawa topeng muka yang dihasilkan di dalam negara tidak banyak sebaliknya hanya banyak diimport daripada negara luar.

“Kita terikat dengan harga topeng yang diimport. Oleh yang demikian, mesyuarat yang dilakukan bersetuju menetapkan harga siling topeng muka kepada RM1.50. Iaitu 50 sen lebih murah daripada harga yang telah ditetapkan lebih awal iaitu RM2.00,” ujarnya.

Sumber: Bernama

The post Kerajaan Tetap Harga Siling Topeng Muka RM1.50 – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments