Kerajaan Akan Tanggung Perbelanjaan Makan Pelajar IPTA, IPTS Yang Tak Pulang Ke Kampung

Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan akan menanggung penuh bantuan makanan kepada pelajar universiti  yang tidak pulang ke kampung semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

“Pelajar-pelajar tersebut bukan sahaja dari IPTA, tetapi juga IPTS, begitu juga dengan pelajar di kolej komuniti, institut pengajian guru malah di program matrikulasi.

“Semuanya melibatkan 74,530 pelajar dan jumlah kos yang ditanggung kerajaan untuk 11 hari adalah sebanyak RM12, 297, 450.

“Jadi bermakna semua pelajar yang tinggal di kolej tidak pulang ke kampung sama ada IPTA ataupun swasta dan juga lain-lain ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Menjawab soalan wartawan, beliau memaklumkan kerajaan menyerahkan kepada pihak pentadbiran universiti untuk menentukan cara pengagihan.

Sumber: BERNAMA

The post Kerajaan Akan Tanggung Perbelanjaan Makan Pelajar IPTA, IPTS Yang Tak Pulang Ke Kampung appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments