Kerajaan Akan Agih Topeng Muka Percuma Untuk Rakyat Malaysia Yang Memerlukan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan bakal mengedarkan topeng muka percuma buat seluruh rakyat Malaysia.

Menurut beliau, Malaysia mempunyai pengilang topeng muka sendiri, namun proses penghasilan mengambil masa berikutan bahan yang terhad.

“Sementara bekalan masih belum ke tahap memuaskan, kita telah mengambil keputusan untuk mengimport topeng dari negara China sebanyak 10 juta keping yang patutnya dapat diusahakan segera.

“Semalam saya telah mengarahkan NADMA, agensi yang bertanggungjawab tentang malapetaka supaya mereka mengeluarkan peruntukan yang sudah disediakan kerajaan untuk membawa masuk.

“Harga yang saya diberitahu adalah lebih RM1.18 sen satu topeng.

“Kita akan bawa masuk dan kita akan agih-agihkan secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia yang memerlukan sebagai sumbangan kerajaan ketika krisis ini,” ujar beliau.

Ucapan bermula pada minit 30:35.

Sumber: RTM

The post Kerajaan Akan Agih Topeng Muka Percuma Untuk Rakyat Malaysia Yang Memerlukan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments