‘Kami hanya mahu ia cepat berlalu’ Lelaki Ini Dapat Formula Bancuhan Basmi Kum4n Sama Yg Digunakan Bagi Membasmi V1rus C0v 10

“BUKAN balasan atau pujian yang kami inginkan tetapi hanya mahu semuanya cepat berlalu.”

Itu kata Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Mount Erskine, Ngoh Chin Wah yang melakukan proses nyahcem4r di sekitar daerah Timur Laut sejak enam hari lalu secara sukarela bersama pasukannya.

Ngoh berkata, disebabkan tidak mempunyai peralatan perlindungan peribadi (PPE) cukup, hanya 10 anggota sahaja yang dapat melakukan kerja pembersihan itu pada satu-satu masa.

“Kami berpecah kepada dua kumpulan kerana hanya mempunyai empat set PPE, jika ia mencukupi kelak, kami akan tambah lagi anggota bagi melakukan kerja ini.

“Sudah enam hari kami melakukan kerja berkenaan secara sukarela di sekitar daerah ini dan semburan dikenakan di setiap bangunan dan jalan yang kami lalui,” katanya yang ditemui selepas melakukan proses nyahcem4r di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Jalan Patani, Georgetown, semalam.

Ngoh berkata, cecair pembasmi kum4n yang digunakan adalah bancuhan sendiri sama seperti yang digunakan bagi membasmi v1rus Cov-19.

Katanya, dia memperoleh formula itu daripada kenalannya yang juga petugas dari negara terbabit.

Katanya, setiap hari sebanyak 5,400 liter air yang dicampur dengan alk0hol dan beberapa bahan lain digunakan bagi membuat cecair nyahcem4r itu dengan kos hampir RM1,000.

Bancuhan formula itu mestilah tepat bagi membnvh v1rus berkeaan.

“Wang berkenaan adalah sumbangan daripada orang ramai sebelum ini dan kami gunakan sebaiknya bagi kerja nyahcem4r.

“Kami lakukan kerja ini adalah bagi kepentingan bersama, supaya kita berjaya menghalang penvlaran Cov-19 seterusnya menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : hmetro




Post a Comment

0 Comments