Hil4ng di KL, jumpa di Kemaman

LORI muatan roti yang dilaporkan hilang di Kuala Lumpur ditemui ditinggalkan di tepi jalan di berhampiran Masjid Beris Meraga, Kijal, dekat Chukai, malam tadi.

Lori tiga tan itu ditemui ditinggalkan di situ, kira-kira 8 malam, sebelum orang ramai memaklumkan kepada pekerja syarikat roti berkenaan.

Ketua P0lis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan berhubung penemuan lori terbabit.

Menurutnya, lori terbabit dilaporkan hilang di Jalan Petaling, Kuala Lumpur kira-kira 7 malam pada hari sama.

“Lori terbabit sebelum itu digunakan untuk mengedar lori di sekitar Kuala Lumpur sebelum disedari hilang oleh pemandunya.

“Berikutan itu, pemandu lori terbabit pergi ke Ibu Pejabat P0lis Daerah Dang Wangi untuk membuat laporan,” katanya.

Hanyan berkata, sebaik lori itu ditemui di daerah Kemaman, kakitangan syarikat terbabit datang ke Ibu Pejabat P0lis Daerah Kemaman membuat laporan, kira-kira 10 malam tadi.

“Kes terbabit diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseks4an,” katanya.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : hmetro




Post a Comment

0 Comments