Doktor Pesan Tak Perlulah Sampai Rendam Barang Dapur Dalam Air Sabun Lepas Beli, Yang Penting Buat Ini

 

Ramai yang takut dengan penularan virus Covid 19 dan melakukan pelbagai langkah pencegahan.

Tapi dek kerana terlalu risau terkena jangkitan ada juga yang melakukan perkara yang tidak ada dalam saranan.

Ada suri rumah yang merendam barang-barang dapur dengan air sabun selepas membelinya termasuklah buah-buahan dan sayuran.

Perlu ke kita buat sampai macam ni. Sebenarnya tak perlu, baca penjelasan Dr. Safiya Amaran

Fahami cara jangkitan

Walaupun kita tidak keluar kerana PKP, tapi macam-macam barang luar masuk ke rumah; surat, barang dapur dan parcel.

Selamat ke semua barang yang beli ni? Ada kemungkinan ke virus masuk rumah melalui barang barang ni?

Ya, memang proses pembersihan ni penting untuk musnahkan Sars-cov-2 pembawa penyakit COVID-19, tetapi betul ke semua barang perlu dinyahkuman? 🤔

Ok, kena jelas semula :

Ikut WHO, cara utama jangkitan Sars-CoV-2 ini:

1. dari seorang ke seorang melalui rembesan cecair badan yang mengandungi virus (masa bercakap, bersin dan batuk)

2. melalui tangan yang tercemar dengan virus yang kemudian menyentuh mata, hidung dan mulut.

Atas sebab inilah kita diarahkan untuk menjarakkan diri antara satu sama lain,
basuh tangan, pakai mask dan sentiasa bersihkan tempat atau barang yang selalu dipegang.

Jadi apakah contoh barang yang selalu dipegang?

  •  tombol pintu,
  • handle almari & perabot,
  • suis kipas & lampu,
  • kepala paip & flush toilet,
  • beg, laptop, purse,
  • telefon bimbit,
  • stereng kereta,
  • toiletries dan skincare.

Ini contoh barang yang perlu kerap dibersihkan. Boleh guna spray atau lapkan.

Risiko lebih tinggi adalah waktu pergi shopping bukan barang

Hmm.. Tapi yang selalu menjadi kerisauan para ibu ialah tentang barang dapur. Adakah barang dapur (bahan kering) yang dibeli selamat?

Ok gini, walaupun virus boleh ada pada barang kering atau barang dapur, tetapi risiko jangkitan melalui barang adalah jauh lebih rendah dibandingkan jangkitan melalui orang.

Tanpa sedar, sebenarnya risiko yang lebih tinggi ialah semasa pergi shopping sebab waktu itulah akan berjumpa orang lain.

Satu lagi yang amat berisiko ialah pemegang troli kerana dipegang oleh ramai orang.

Atas sebab itu, semasa shopping semua dinasihatkan untuk:

  •  Jarakkan 1-2 meter dari orang lain,
  • Tidak berbual,
  • Tidak sentuh muka
  • Basuh tangan sesudah shopping
  • Basuh tangan sesudah memegang troli

Saya sendiri akan basuh tangan selepas bayar dan angkat semua barang masuk ke kereta. Risau kalau tanpa sedar kuman tertinggal di stereng pula masa driving. Kalau tak ada sumber air, guna hand sanitizer.

Basuh barang dapur tu agak keterlaluan ya

Ok satu lagi, ramai tanya ni:

Perlukah kita nyahkuman semua barang dapur yang dibeli?

Pakar mikrobiology, Don Schaffner, Professor di bidang ‘food microbiology’ di Rutgers School of Environmental and Biological Sciences tidak galakkan untuk nyahkuman barang dapur yang dibeli.

Ini agak keterlaluan. Yang mesti dibuat ialah basuh tangan

  • sebaik sahaja balik dari kedai,
  • selepas siap susun barang dapur,
  • semasa nak memasak makanan
  • sebelum dan selepas makan.

Ini wajib buat! Jangan pegang anak-anak selepas balik kedai. Basuh tangan dulu.

Tangan kita sendiri yang sebenarnya lebih berpotensi untuk ada banyak kuman berbanding barang barang dapur tadi. Kita risau pasal barang hingga lupa pada tangan sendiri.

Satu lagi yang menjadi persoalan ialah perlukah nyahkuman barang basah / makanan mentah yang dibeli?

Tidak, kita tidak perlu nyahkuman semua makanan basah yang dibeli. Tapi semua makanan ni mesti dibasuh dengan sempurna, gunakan air. Mesti basuh sebelum masak atau makan!

Hmm,boleh ke nak basuh buahan  dengan sabun?

Tidak, sabun bukan dibuat untuk bersihkan makanan. Ia dibuat untuk bersihkan pinggan mangkuk dan tangan kita. Kalau kita tertelan sabun walaupun sikit, boleh jadi loya, muntah dan cirit-birit.

Sekali lagi diingatkan yang perlu dibersihkan sentiasa ialah tangan kita sendiri.

Bahan kimia yang ada dalam produk nyahkuman tidak sesuai untuk makanan.

Kalau kita sembur pada tomato atau timun ia boleh menjadi racun dan merosakkan makanan.

Bahan yang digunakan untuk nyahkuman peralatan adalah bahaya untuk tangan dan mulut kita, jadi sangat berisiko untuk kita guna pada makanan walaupun telah dicairkan.

Sebaliknya, bakul atau beg recycle yang digunakan untuk shopping itu yang perlu dibersihkan, paling kurang seminggu sekali kerana ia termasuk dalam kategori barang yang kerap dipegang.

Ok setakat ni clear tak? Jangan lupa basuh tangan dengan air + sabun ye!

Sumber: Dr Safiya Amaran

Dr Safiya Amaran

 

The post Doktor Pesan Tak Perlulah Sampai Rendam Barang Dapur Dalam Air Sabun Lepas Beli, Yang Penting Buat Ini appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments