DIY Disinfectant Spray Untuk Bunuh Virus & Kuman. Senang, Cuma Guna 2 Bahan Saja

Ketika penularan virus Covid 19 ini amat penting kita membersihkan bukan saja diri tapi juga barang-barang di rumah terutamanya untuk elak dari kita dijangkiti virus ini yang memang diketahui merebak melalui sentuhan.

Sebab itulah penting untuk di setiap rumah ada disinfectant spray supaya dapa membunuh  virus dan kuman yang mungkin kita bawa daripada luar dan melekat pada barang yang kita sentuh.

Disinfectant spray ini juga boleh dibuat sendiri jadi tak perlu bersusah payah keluar untuk membelinya. Caranya ada dikongsi oleh Syinorita Syahidah

Apa kegunaan disinfectant spray?

Untuk bunuh kuman atau virus yg melekat dekat permukaan. Tak kesah la permukaan lantai, mangkuk tandas, perkakas rumah, atau pun pakaian.

Dah ada DS ini nanti boleh spray ada parcel yg kita beli online, barang-barang mainan anak, atau barang perkakas rumah (alat eletrik tidak boleh ye).

Kalau anak kerap demam atau kena influenza, DS ini elok diguna utk disinfection barang-barang dalam rumah.

Cara buat disinfectant spray

So dah tahu fungsi, jom tgk apa bahan dia. Bahan utk buat Disinfectant Spray ini hanya dua saja.

-Air
-Clorox beach

  • Portion campuran antara dua bahan ini ialah 5% Clorox campur dgn 95% air.  Kalau guna 400ml air letak 20ml Clorox

  • Kegunaan Clorox untuk bunuh kuman dan virus memang dah tertera di kemasan ya. Boleh baca dulu.

  • Dah siap boleh masukkan dalam apa-apa botol dan label. Cara guna; hanya perlu spray dan biar je smpai kering.
  • Kalau beli parcel online, jangan buka parcel dulu. Spray dan biarkan at least 5 ke 7 minit baru boleh buka dan sentuh.
  • Diingatkan supaya letak semburan ini di tempat yg selamat dan jauh dari anak kecil.

Sumber: Syinorita Syahidah

 

 

The post DIY Disinfectant Spray Untuk Bunuh Virus & Kuman. Senang, Cuma Guna 2 Bahan Saja appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments