Diskaun Sehingga 50 Peratus Untuk Pembayaran Saman Secara Dalam Talian

Orang ramai boleh menikmati diskaun saman sehingga 50 peratus apabila polis melancarkan kempen pembayaran saman secara dalam talian (e-Payment) selama lima hari bermula Rabu ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata kempen itu dilaksanakan sempena Hari Polis ke- 213 dan diskaun diberikan untuk saman-saman tertentu sahaja.

“Kempen ini bertujuan menggalakkan orang ramai membayar saman secara e-Payment berikutan penutupan kaunter bayaran saman di Ibu Pejabat Polis seluruh negara sejak 18 Mac lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata ini juga merupakan langkah JSPT  bagi mengalakkan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

“Ini juga sebagai langkah meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat,” katanya.

Pembayaran saman boleh dilakukan menerusi portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

Sumber: BERNAMA

BACA: (Video) “Rezeki Bertambah Tapi Kurang Rasa Syukur,” Mutawwif Dedahkan Konsep Rezeki Tak Diduga

The post Diskaun Sehingga 50 Peratus Untuk Pembayaran Saman Secara Dalam Talian appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments