Bekas Peniaga Makanan Kongsi 5 Tip Simpan Sayur Dalam Peti Sejuk Supaya Tahan Lama. Mak-mak Sila Praktik!

 

 

Untuk ibu-ibu yang bekerja, tip simpan sayur ini sangatlah penting. Maklumlah kita suka beli sayur-sayuran tapi memasaknya tak tentu.

Kadang-kadang sampai lembik sayur dalam peti tu. Supaya tak lagi membazir boleh praktik cara simpan sayur yang diamalkan oleh bekas peniaga kedai makan ni.

Kata Rohanoradila Aidil ada sayur yang cepat kering, kecut dan layu walau disimpan dalam peti. Oleh itu perlu tahu cara yang tepat untuk menyimpannya.

Ini adalah cara yang diamalkan sejak berniaga dulu.

1. Sayur yang dibeli tak perlu dibasuh untuk elak jadi lembik. Hanya basuh bila mahu menggunakannya.

2. Sediakan tisu yang telah dilembapkan kemudian alas dalam bekas untuk menyimpan sayur.

3. Sebelum masukkan sayur, pastikan tiada sayur yang rosak, takut berjangkit.

4. Sayur boleh juga dipotong sebelum disimpan untuk memudahkan kerja memasak nanti.

5. Masukkan sayur dalam bekas yang dialaskan dengan tisu yang dilembapkan tadi dan simpan dalam peti sejuk.

Pesan Rohanoradila, lepas simpan simpan jangan perap terus dalam peti ais. Kenalah masak ya!

Selamat mencuba!

 

Sumber Rohanoradila Aidil

 

The post Bekas Peniaga Makanan Kongsi 5 Tip Simpan Sayur Dalam Peti Sejuk Supaya Tahan Lama. Mak-mak Sila Praktik! appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments