“Anda Degil Negara Sengsara!” Tentera Bakal Dikerah Bantu Polis Pantau Perintah Kawalan Pergerakan

Agak mengecewakan apabila tersebar di laman media sosial video serta foto segelintir masyarakat yang mengambil remeh arahan kerajaan untuk duduk di rumah dan jangan keluar tanpa sebarang sebab penting.

Perkara ini bukan sahaja berlaku di kawasan bandar malah di kawasan kampung-kampung juga. Ia hanyalah minoriti tetapi tahukah mereka bahawa impaknya yang cukup besar jika Coronavirus terus merebak?

Melihat situasi yang semakin serius kerajaan kita menerusi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Seri Ismail Sabri Yaakob telah memutuskan bahawa pasukan tentera akan dikerah dan diturunkanbagi membantu pihak polis untuk memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi sehingga 31 Mac.

“Polis telah melaporkan terdapat peningkatan pematuhan arahan tersebut daripada rakyat jadi kita berharap dapat melihat lebih lagi apabila tentera digerakkan kelak.

“Namun, terdapat kes individu yang masih tidak mengendahkan arahan tersebut, buat masa ini hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan,” katanya dalam sidang media pada pagi tadi.

Dalam masa yang sama beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan telah mendapat perkenan Yang di-pertuan Agong supaya perintah darurat dilaksanakan.

Tambahnya, ia tiada dalam perancangan kerajaan pun untuk umumkan darurat. “Tiada aset digerakkan pun digerakkan sekarang seperti berita palsu yang tular di laman media sosial,” tambahnya yang kecewa dengan berita palsu tersebut.

Kami di team MASKULIN sekali lagi menyeru anda semua, #JomDudukRumah. Sama-sama kita halang penularan wabak Covid-19 menjadi lebih teruk. Keluar hanya perlu dan hadkan pergerakan.

Stay safe everyone!

The post “Anda Degil Negara Sengsara!” Tentera Bakal Dikerah Bantu Polis Pantau Perintah Kawalan Pergerakan appeared first on MASKULIN.




ms

Post a Comment

0 Comments