‘Abang Tentera’ Dah Mula Tugas Bantu Polis, Sila Duduk Di Rumah Masing-Masing

Seperti sedia maklum kerajaan telah melaksanakan Perintah Pengawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.

Namun, perintah yang meminta semua rakyat untuk berada di rumah masing-masing selama dua minggu sehingga  31 Mac ini, nampaknya masih belum dipatuhi oleh segelintir rakyat.

Berdasarkan beberapa perkongsian di media sosial, masih terdapat individu yang berkumpul di luar malahan penjaja masih membuka gerai seperti tiada apa yang berlaku.

Oleh itu, pada Khamis lalu, Menteri Pertahanan telah mengumumkan bahawa tentera akan dikerahkan pada Ahad bagi membantu pihak polis agar rakyat mematuhi perintah yang telah ditetapkan.

Menerusi tinjauan di Twitter, beberapa perkongsian video tular mendakwa tentera sudah mula ‘turun’ menjalankan tugas seperti yang diamanahkan.

Bermulalah tugas tentera

‘Abang celoreng’ sudah keluar

Ipoh?

Pulau Pinang?

Jangan berdegil keluar

Bila tentera turun padang

Moga semua rakyat dapat bekerjasama dengan pihak polis dan tentera untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu.

Pematuhan ini penting demi keselamatan rakyat dan negara daripada wabak Covid-19 yang semakin serius.

Sumber: Twitter

The post ‘Abang Tentera’ Dah Mula Tugas Bantu Polis, Sila Duduk Di Rumah Masing-Masing appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments