110 Ditangkap, Langgar Perintah Kawalan Pergerakan – Menteri Pertahanan

Sebanyak 110 tangkapan dilakukan oleh pihak polis kepada individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan semalam, menurut Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan,  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi.

Menurut Ismail Sabri, pihak polis telah melakukan pemeriksaan terhadap 163, 487 ribu kenderaan dalam sekatan jalan raya dan pemeriksaan mengejut kepada 1,719 kawasan semalam.

Daripada jumlah itu, pihak polis terpaksa mengambil tindakan tegas dengan menahan 110 individu kerana ingkar dan tidak mematuhi arahan.

”Saya dah memberi peringatan beberapa kali bahawa cara pihak polis mungkin berubah daripada nasihat dan berhemah kepada tindakan yang lebih tegas,” katanya.

Berikutan itu, prosedur operasi standard (SOP) fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 1 April ini akan menjadi lebih tegas dengan sekatan pergerakan yang lebih terhad.

Kementerian akan membentangkan SOP baharu pada Sabtu ini bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerkan berjaya sekaligus mengawal penularan wabak Covid-19, kata Ismail Sabri.

Sumber: Sidang Media Perintah Kawalan Pergerakan via  Bernama TV

The post 110 Ditangkap, Langgar Perintah Kawalan Pergerakan – Menteri Pertahanan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments