'Ingatkan lemas, bila buka baju terus nampak jahitan....' - Mayat budak ditemui terapung, penduduk syak organnya dicuri


Viral di WhatsApp mengenai penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki yang terapung di kawasan perairan sebuah kampung, menggemparkan para penduduk.

Berdasarkan video, beberapa penduduk cuba menyelamatkan mangsa tetapi tiada sebarang respon yang diterima.

Sehinggalah penduduk mengambil keputusan untuk membuka pakaian mangsa dan terkejut apabila mendapati badan kanak-kanak itu mempunyai jahitan dari leher sampai ke pusat.

Turut tersebar 'voice note' lelaki yang menasihatkan orang ramai mengawasi anak masing-masing agar tidak didekati oleh orang yang tidak dikenali bagi mengelakkan anak mereka menjadi mangsa culik.

Lelaki dalam voice itu juga mendakwa, "..diorang sudah buang di laut, orang sangka budak ini lemas. Last-last bila buka baju dia, terus nampak jahitan. Jadi perut dia semua sudah diambil, buah pinggang, jantung semua dia ambil."

Tidak diketahui lokasi sebenar kejadian. Apa pun, ibu bapa dinasihatkan sentiasa berwaspada dan tidak membiarkan anak bermain sendiri di luar rumah tanpa sebarang pengawasan.



r

Post a Comment

0 Comments