“Goal Of The Year”, Viral Gol Epik Gadis UTM Main Futsal Hingga Ditweet Akaun Rasmi FIFA

Satu video yang dipercayai memaparkan sekumpulan pelajar perempuan sedang bermain futsal telah menjadi tular di media sosial.

Rakaman video yang berdurasi selama 9 saat itu telah menjadi tular selepas satu gol daripada perlawanan tersebut berjaya dijaringkan dengan cara yang agak unik.

Bukan itu sahaja, apa yang lebih menarik lagi adalah rakaman video tersebut turut mendapat perhatian daripada akaun Twitter rasmi bagi Piala Dunia Bola Sepak Wanita @FIFAWWC.

Goal of the year

Hasil daripada tweet yang dibuat oleh akaun Twitter rasmi Piala Dunia Bola Sepak Wanita itu telah membuatkan video tersebut mendapat tontonan sebanyak lebih dari 600 ribu pengguna Twitter.

Netizen-netizen di media sosial juga turut tidak ketinggalan untuk memenuhi ruangan komen video tersebut.

Berikut adalah antara Tweet menarik daripada netizen-netizen di Twitter:

Sumber: @FIFAWWC

The post “Goal Of The Year”, Viral Gol Epik Gadis UTM Main Futsal Hingga Ditweet Akaun Rasmi FIFA appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments