“Jika Pamerkan Bendera Dengan Bintang Lain Bilangan Bucu Dengan Sengaja, Ia Suatu Pengkhiatan” – Netizen

Dalam video berdurasi 55 saat yang dimuatnaik di laman sosial, kelihatan bendera ‘Jalur Gemilang’ dengan bucu bintang tidak sempurna pada paparan skrin ketika perlangsungan sebuah program yang tidak dimaklumkan secara terperinci.

Jelas terlihat bendera yang ‘dikibarkan’ itu tidak mempunyai bintang 14 bucu yang mewakili penyatuan negeri-negeri dan wilayah di Malaysia, sebaliknya hanya memiliki lima bucu.

Malah ada yang mendakwa bahawa jumlah jalur juga kurang berbanding jumlah asal iaitu 14 jalur sama saiz yang mewakili kesamarataan 13 negeri serta satu wilayah persekutuan negara.

Umum tahu Jalur Gemilang membawa makna yang kuat dalam kalangan rakyat Malaysia dan setiap simbol membawa maksud yang tersendiri.

Insiden ini secara tidak langsung mengundang kemarahan rata-rata netizen yang tidak berpuas hati dengan kesilapan tersebut.

Sumber: Twitter

The post “Jika Pamerkan Bendera Dengan Bintang Lain Bilangan Bucu Dengan Sengaja, Ia Suatu Pengkhiatan” – Netizen appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments