Zarina Zainuddin menepis telefon bimbit wartawan hingga jatuh dan ini puncanya

“TAK suka lah,” kata pelakon Zarina Zainuddin, 48, sambil menepis telefon bimbit milik wartawan yang cuba merakamkan gambarnya selepas beliau dikenakan hukum@n denda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, atas enam pertud@han memiliki dan menjual alat kosmetik tidak bernotifikasi.

Dia juga menutup wajahnya dengan kertas sebelum beredar dibawa oleh polis m@hkamah bagi membayar denda itu.

Terdahulu ketika prosiding, Majistret M Bharat menjatuhkan hukum@n itu selepas Zarina mengaku bers@lah atas enam pertud@han yang dibacakan terhadapnya.

Zarina yang menitiskan air matanya memohon mahkamah menjatuhkan hukum@n ringan terhadapnya.
“Saya sudah menutup syarikat itu dan hanya buat di rumah.

“Saya kini membuat perniagaan lain,” katanya.
Ketika dibacakan fakta kes dan ditunjukkan produk yang diramp@s, Zarina dilihat menganggukkan kepala serta mengesahkan barangannya itu.

Zarina didakwa atas pertuduh@n menjual satu set kosmetik mengandungi sekotak Addura Black Soap, satu bekas Addura Day Cream (tujuh gram), satu bekas Addura Night Cream (tujuh mililiter).

Dia juga did@kwa memiliki tiga set yang sama.

Selain itu, Zarina juga didakwa atas empat pertuduhan memiliki kosmetik yang tidak bernotifikasi iaitu Addura Black Soap (68 kotak), Addura Day Cream (279 bekas), Addura Day Cream tujuh gram (89 bekas) dan Addura Day Cream 10 mililiter (205 bekas).

Zarina sebagai orang kena s@man (OKS) did@kwa melakukannya di Addura Marketing di Subang Jaya pada 11.45 pagi, 9 Januari lalu.

Bagi semua kesa@ahan itu, OKS did@kwa mengikut Seksyen 18A(1) Peraturan peraturan Kawalan D@dah dan Kosmetik 1984 yang menjadi kes@lahan di bawah Peraturan 18A (15) peraturan yang sama.

Jika sabit kes@lahan, OKS boleh dikenakan de@da maksimum RM50,000 bagi kes@lahan pertama atau maksimum RM100,000 bagi kes@lahan kedua.

Pegawai Pendakwa dari Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Selangor, Ong Sally memohon m@hkamah menjatuhkan hukum@n setimpal terhadap Zarina.

Menurutnya, ini bukan kes@lahan kali pertama wanita itu.

“Ia adalah perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh mendatangkan kesan b@ruk kepada pengguna.

“Produk tidak bernotifikasi adalah tidak diketahui kandungan dan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. Bagi melindungi keselamatan orang awam, mohon hukuman setimpal dikenakan terhadap OKS,” katanya.

Sementara itu, Zarina ketika keluar dari kamar mahkamah dilihat menepis telefon bimbit milik seorang wartawan yang sedang merakam gambarnya sehingga terjatuh.

Dia yang kelihatan m@rah beredar bersama seorang lelaki dan dilihat membayar de@da yang dikenakan terhadapnya.

sumber : hmetro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top