Warga Emas Dipercayai Diserang Sakit Jantung, Meninggal Dunia Ketika Menonton Filem Lucah

Seorang pelancong warga British dilaporkan meninggal dunia ketika menonton filem lucah di sebuah kedai seks di Itali, menurut Dailymail UK.

Mangsa, 60 tahun itu dipercayai maut akibat serangan jantung di dalam sebuah bilik khas kedai tersebut yang terletak di Marghera pada Jumaat lepas.

Lelaki tersebut membayar sebanyak 5 euro untuk menonton video yang berdurasi 15 minit dan masuk ke dalam bilik khas itu berseorangan.

Daily Mial UK yang memetik laporan Il Gazzettino berkata, pemilik kedai tersebut yang bernama Franco Garoni memaklumkan bahawa dia merasa seperti ada yang tidak kena selepas menyedari pelanggannya itu tidak keluar daripada bilik disewa sebelum menjumpai lelaki tersebut terbaring di atas lantai.

Menurut Garoni, pelancong British tersebut tidak banyak bercakap dan kelihatan penat semasa dia tiba di kedainya. Garoni tidak mengesyaki apa-apa tanda pun yang menjerumus kepada kematian lelaki itu semasa lelaki itu memasuki kedainya.

Seperti kebanyakan tetamu lain, lelaki tersebut telah masuk ke dalam bilik khas itu dan telah menyalakan lampu merah yang memaparkan perkataan ‘busy’.

Pemilik kedai itu telah menghubungi talian kecemasan dan apabila pihak doktor sampai di tempat kejadian, mereka cuba untuk merawat lelaki tersebut namun sudah terlambat.

Menurut media Itali, pelancong British itu disyaki mengalami serangan jantung ketika di dalam bilik khas tersebut.

Garoni berkata, dia tidak pernah nampak lelaki tersebut sebelum ini.

Sumber: Daily Mail




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top