(Video)Tangisan Iringi Pemergian Ke Lubnan, Selamat Jalan, Terima Kasih Perwiraku

Semalam, Kumpulan Pertama MALBATT 850-7 telah berlepas ke Lubnan bagi menyertai misi UNIFIL di bawah kawalan operasi Markas Sektor Barat UNIFIL yang ditempatkan di dua penempatan tetap iaitu Kem Ma’rakah dan Kem Tibnin.

Penghantaran Kumpulan Pertama melibatkan seramai 216 orang yang diketuai oleh Komander MALBATT 850-7, Kol Khairul Anwar bin Soib bersama 50 Pegawai dan 165 anggota lain-lain pangkat termasuk 2 anggota dari ABDB. Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-7 bertempat di Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang petang semalam.

Majlis tersebut dihiasi dengan pelbagai situasi yang hiba dalam kalangan anggota dan juga ahli keluarga sebelum berpisah dalam tempoh yang agak panjang. Anggota yang terlibat tidak melepaskan peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga sebelum berlepas ke Lubnan.

Menurut Menteri Pertahanan Malaysia, ianya merupakan satu pengiktirafan kepada Malaysia berikutan pembabitan Angkatan Tentera Malaysia di peringkat antarabangsa.

Pembabitan ATM di peringkat antarabangsa membuktikan Malaysia komited dalam melaksanakan tanggungjawab bagi memberi bantuan kemanusiaan kepada negara memerlukan demi memastikan aspirasi keamanan sejagat dapat direalisasikan.

Selain itu, Mat Sabu juga berharap agar anggota yang bertugas dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya serta mengekalkan semangat kerjasama yang baik dalam pasukan.

Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia yang rata-rata dalam kalangan warganet juga turut mendoakan agar perwira-perwira yang bertugas dilindungi dan dapat menjalankan tugas dengan baik.

“Terima kasih dengan pengorbanan anda semua. Dugaan untuk semua yang terbabit. Kuat dan semangat”

“Kami rakyat Malaysia sentias mendoakan. Selamat pergi dan kembali”

“Selamat berjuang. Semoga dipelihara kesejahteraan dan keselamatan”

“Menitik air mata. Moga selalu dalam rahmatNya”

“Jasa dan bakti tak dapat kami balas”

Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top