(Video)”Tak Boleh Keluar Dengan Family, Tak Boleh Expose”, Kisah Tokoh Penting E8 PDRM Melawan Keganasan

Hasil siasatan terperinci yang dilakukan oleh pihak polis telah membawa kepada penangkapan suspek yang disyaki terlibat dengan pertubuhan pengganas bernama Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) semalam.

Pelbagai ancaman serangan daripada kumpulan pengganas ke atas Malaysia berjaya dipatahkan hasil daripada kerja-kerja siasatan yang telus serta tindakan pantas oleh pihak polis sebelum tragedi yang tak diingini berlaku kepada orang awam dan negara.

Melalui satu perkongsian yang dibuat oleh Syahril A. Kadir menerusi akaun Facebooknya, dia ada berkongsikan tentang asam garam Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam menjaga ketenteraman awam serta membanteras keganasan sebagai anggota polis yang berkhidmat untuk negara.

Beliau merupakan seorang Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman yang baru-baru ini telah berjaya membanteras suspek yang disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas dari Sri Lanka. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

LELAKI yang beruniform biru tua ini mempunyai sejarah yang cukup panjang dalam membanteras elemen keganasan dalam negara kita.

Anak jati Tanah Merah, Pendang, Kedah yang berkelulusan Ijazah Sarjana (Master) dalam Teknologi Maklumat dari UPM ini bertanggungjawab mengetuai Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Gambar: Facebook

Sejak menyertai E8, ancaman bunuh yang diterimanya ‘bertali-arus’ menjadikan beliau adalah antara pegawai polis yang paling banyak menerima ancaman ugutan.

“Pergerakan saya memang terhad, dah tak macam dulu. Dah tak boleh nak keluar dengan famili, tak boleh nak ‘expose’. Diugut dalam polis benda biasa, jangan kata polis, kerja kastam pun kena ugut.

“Dulu dalam Special Branch (SB), kita tidak ke hadapan, tetapi sekarang saya terpaksa dan diminta ke hadapan. Dulu saya boleh pergi mana saya nak pergi tetapi sekarang saya kena lebih berhati-hati terutama dalam menjaga keselamatan diri,” katanya.

Semalam nama beliau kembali menjadi ‘panas’ apabila mengumumkan penangkapan beberapa orang lelaki termasuk dua pemimpin DAP kerana dipercayai ada kaitan dengan kumpulan pengganas LTTE.

Abam pernah menemuramah beliau…boleh klik

Salute Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay!




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top