(Video)”Budak Tu Pun Statik Je Makan Aiskrim,” Netizen Bangga Satu ‘Mall’ Berdiri Hormat Bila ‘Negaraku’ Dimainkan

Sejak kebelakangan ini, isu tidak menghormati lagu Negaraku sering diperdebatkan terutamanya di dalam ruangan sosial media. Umum tahu, rakyat Malaysia perlu menghormati lagu kebangsaan ini sepanjang lagu dimainkan.

Baru-baru ini tular rakaman video berdurasi 8 saat menunjukkan rata-rata pengunjung sebuah pusat membeli-belah menggambarkan semangat cinta akan negara apabila sebahagian besar daripada mereka berdiri ketika lagu Negaraku dipasang. Syabas.

Menerusi komen-komen yang diturunkan, peristiwa membanggakan itu dipercayai berlaku di IOI City Mall, Putrajaya ketika Majlis Pelancaran Bulan Sukan Negara 2019.

Semangat yang dipamerkan oleh pengunjung-pengunjung tersebut perlulah dicontohi oleh semua orang terutamanya masyarakat Malaysia.

“Bangga lagi ada sebab respect national anthem and salute for the victory”

“Saya tak pasti kenapa saya menangis”

“Molek lah warga IOI”

Sumber: Douglas Bullet




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top