(Video) Wanita Terseret Atas Jalan, Viral Video Kemalangan Dipercayai Akibat Baju Hujan Terbelit Dengan Tayar

Malang tidak berbau. Seorang penunggang motosikal kemalangan apabila motosikal yang dinaiki mangsa terbabas didakwa akibat baju hujan yang dipakai tersangkut pada tayar motosikal yang ditunggangnya.

Dalam video dashcam berdurasi 3.20 minit dikongsikan oleh Fatin Khalidah Mohamad Kholim, mangsa ‘ditarik’ oleh baju hujan dipakainya menyebabkan motosikal terbalik dan terseret sehingga ke tengah jalan.

Menurut Khalidah yang menyaksikan kejadian berkenaan, mangsa kelihatan ’50/50′ namun sedar beberapa minit kemudian setelah dibantu orang awam yang melakukan rawatan kecemasan cardiopulmonory resuscitation (CPR).

Semoga perkongsian ini dapat memberi peringatan kepada semua terutamanya para penunggang motosikal.

Gambar: Fatin Khalidah Mohamad Kholim

Pengajaran di sebalik musibah orang lain

Harini nak kongsi kemalangan yang jadi live depan mata kami semalam. Tujuan post ini dibuat adalah sebagai peringatan dan diambil ikhtibar atas apa yang berlaku.

Dalam video ni, boleh nampak baju jaket yg dipakai mangsa, menjadi ancaman yang boleh membawa maut kepada mangsa, tersangkut dan menyebabkan mangsa hilang kawalan.

Jaket tersangkut pada tayar motor and membelit leher mangsa menyebabkan saluran pernafasan mangsa tersekat. Mangsa nampak memang 50-50 masa suami dan pakcik yang pertama tu datang tolong.

Mangsa sedar beberapa minit kemudian berkat bantuan orang awam bantu CPR. Alhamdulillah ramai rakyat Malaysia yang prihatin. Ramai sangat yang berhenti tolong payungkan.

Kredit: Fatin Khalidah Mohamad Kholim

Berdasarkan apa yang saya saksikan sendiri semalam, bagaimana mangsa bersusah payah. Boleh dikatakan pakai jaket atau baju hujan secara terbalik atau kebelakang tanpa dizip boleh membahayakan nyawa anda!

Dan jangan lupa baca doa setiap kali memulakan perjalanan. Alhamdulillah Allah lindung kami sekeluarga berkat baca doa setiap kali kereta mula bergerak. Kalau motor tu terpelanting pada kereta kami, pun tak tahu lagi apa nasib kami.

Sebelum ini pun ada kejadian yang hampir serupa ketika seorang penunggang motosikal maut apabila baju hujan yang dipakainya tersangkut pada cangkuk pada badan lori simen, membuatkan mangsa terjatuh dan digilis kenderaan tersebut.

Gambar: Fatin Khalidah Mohamad Kholim

Jadi pada  and kawan-kawan yang menggunakan motor ke tempat kerja atau mana-mana, tolong pakai baju tu betul-betul dan elok. Malang tu tak berbau. Sekelip mata je boleh jadi.

Semoga Allah lindungi perjalanan kita semua sekeluarga walau kemana jua destinasi yang dituju. Semoga mangsa selamat dan dikurniakan kesembuhan secepatnya oleh Allah. Amin ya rabb.

Menurut Khalidah, ambulans tiba beberapa minit selepas kejadian dan mangsa dihantar ke hospital.

Video tidak berniat mengaibkan hanya untuk diambil pengajaran. Diizinkan kongsi hanya untuk diambil pengajaran, bukan membawang.

Mungkin semalam hari mangsa diuji, hari kita tak tahu lagi. Moga sentiasa dalam rahmat, perlindungan dan kasih sayang Allah.

Doa naik kenderaan

Khalidah turut mengingatkan agar kita sentiasa membaca doa ketika menaiki kenderaan. Moga-moga kita semua terlindung daripada sebarang kecelakaan.

Sumber: Fatin Khalidah Mohamad Kholim




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top