(Video) Viral Keadaan Kerosakkan Teruk Di Jepun Selepas Dilanda Taufan Hagibis, Seorang Dilaporkan Maut

Sekurang-kurangnya seorang dilaporkan maut manakala ramai yang lain cedera selepas taufan Hagibis melanda jepun hari ini.

Taufan yang sedang melanda Jepun itu dianggap sebagai salah satu taufan yang paling berbahaya, dengan kelajuan angin selaju kira-kira 195 kilometer per jam (122 mph).

Beberapa bandar besar di Jepun telah berjaya dikosongkan berikutan dengan kedatangan taufan tersebut.

Kesemua penerbangan yang menghala ke arah Tokyo dan lapangan terbang berdekatan turut dibatalkan sehingga ahad pagi.

2 Perlawanan Piala Dunia Ragbi yang membabitkan pasukan England-Perancis dan New Zealand-Italy juga turut dibatalkan berikutan dengan taufan tersebut.

Lebih 10,000 rumah di Kanto, Chiba dan Tokyo terputus bekalan elektrik, lapor syarikat tenaga Jepun TEPCO.

Menurut polis tempatan, seorang lelaki berumur 49 tahun telah dilaporkan maut kerana puting beliung telah menerbalikkan kereta yang dinaikinya pada sabtu pagi. Manakala 5 orang lagi termasuk 3 kanak-kanak telah dilaporkan cedera berikutan taufan Hagibis yang melanda negara tersebut.

Sumber: CNN

 




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top