(Video) Viral Budak Goreng Telur Tanpa Guna Dapur Gas Bawah Terik Matahari, Dakwa Kerana Cuaca Panas Sangat

Di Malaysia, kita sedang dilanda dengan musim hujan. Manakala di Indonesia pula, musim panas sedang hangat melanda negara itu selepas berakhirnya musim jerebu.

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang penduduk di Indonesia yang masak telur tanpa menggunakan dapur gas di laman media sosial Twitter. Apakah fakta di sebaliknya? Boleh ke masak telur dengan menggunakan cahaya matahari dan faktor cuaca yang panas sahaja?

Video yang viral ini mendapat banyak perkongsian daripada warga Twitter sejak dari hari ianya di muat naik pada Isnin (21/10/2019).

Pelbagai reaksi dapat dilihat daripada warga Twitter khususnya penduduk Indonesia. Ramai yang menyatakan bahawa video ini bukti bahawa cuaca panas sememangnya sedang melanda negara Indonesia.

Seorang netizen di media sosial turut menyatakan pendapatnya bahawa jika benar cuaca panas itu boleh digunakan untuk memasak, ianya patut dimanfaatkan.

Namun seorang pengguna Twitter yang menonton video tersebut mendakwa bahawa, sebenarnya video seorang lelaki memasak telur yang tular itu adalah adiknya. Dan ianya bukan disebabkan faktor cuaca.

Video yang telah mendapat perkongsian sebanyak kira-kira 4 ribu itu telah membuatkan ramai netizen yang tidak tahu akan kesahihannya memberi respon terkejut akan kejadian itu.

Sumber: Detik Inet




Post a Comment

0 Comments