(Video) 'Terus lari ke tu?!' - Kepala penunggang motosikal nyaris digilis Axia


Kepala seorang penunggang motosikal nyaris digilis tayar kereta Perodua Axia selepas berlaku kemalangan di antara dua belah pihak. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.40, Selasa 8 Oktober 2019, di Shah Alam, motosikal dan kereta itu bergesel sebelum penunggang motosikal itu terjatuh dan terperlanting beberapa meter berhampiran tayar kereta itu. 

Sementara itu, pemandu Axia terbabit tidak berhenti dan meneruskan perjalanan seperti tiada apa-apa yang berlaku. 

Di media sosial, netizen luah rasa kesal kerana tiada seorang pun yang berhenti membantu mangsa. 


Tidak diketahui sama ada mangsa membuat laporan polis atau sebaliknya. Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan peka apabila memandu di jalan raya.




r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top