(Video) Tak Sempat Pecut Ke Hujung, Detik-Detik Kereta Terperangkap Dalam Jambatan Runtuh

Nanfangao, Taiwan – Sekurang-kurangnya 14 orang cedera setelah sebuah jambatan sepanjang 450 kaki di perkampungan nelayan di sini runtuh pada 9.30 pagi tadi.

Rakaman ketika kejadian menunjukkan sebuah lori tangki minyak sedang melintasi jambatan tersebut sebelum ia roboh beberapa saat kemudian menyebabkan kebakaran yang menghasilkan asap hitam memenuhi udara.

Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada ribut taufan yang melanda pulau berkenaan, namun pihak berkuasa belum membuat sebarang kenyataan sama ada runtuhan tersebut berpunca daripada angin kuat yang melemahkan struktur binaan.

Berikutan itu menurut agensi bomba tempatan, seramai enam individu hilang dikhuatiri terperangkap setelah runtuhan menimpa bot di bawah jambatan ketika kejadian berlaku.

Seramai lebih 60 orang anggota tentera termasuk pasukan penyelam dengan bantuan helikopter dan bot nelayan menyertai misi mencari dan menyelamat mangsa yang mungkin terperangkap di bawah runtuhan.

Sumber: Daily Mail, Tomo News US




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top