(Video) Selepas 40 Tahun Disekat, Viral Wanita-Wanita Iran Penuhi Stadium, Teruja Tengok Bola

Tehran, Iran – Setelah 40 tahun sekatan ke atas wanita Iran dari menonton perlawanan bola sepak dilaksanakan sejak 1979, Iran telah membenarkan kaum wanita menghadiri perlawanan semalam setelah ditekan oleh Fifa dan badan hak asasi manusia berikutan kematian seorang peminat pada bulan lepas.

Bulan lalu, seorang wanita berusia 29 tahun telah bertindak membakar dirinya di luar stadium apabila percubaannya memasuki stadium sebagai seorang ‘lelaki’ terbongkar dan menyedari dia mungkin bakal berdepan hukuman penjara enam bulan.

Menurut BBC, dalam hanya beberapa minit, sebanyak 3,500 tiket khusus untuk penyokong wanita telah terjual bagi menonton perlawanan Iran menentang Kemboja semalam.

Moeslim Choice

Semua penyokong wanita telah diberi akses ke ruangan khusus untuk wanita di Stadium Azadi yang mempunyai kapasiti 78,000 orang.

Sebelum ini pada 2018, mereka turut dibenarkan untuk menonton saringan pasukan bagi menghadapi World Cup menentang Sepanyol. Namun semalam merupakan kali pertama mereka diizinkan untuk menonton perlawanan sebenar.

Berita Satu

Arab Saudi turut menghapuskan sekatan ke atas wanita tempatan dari menonton perlawanan bola pada tahun lepas sebagai langkah menuju kesamarataan jantina di sana.

 

Sumber: BBC, The Guardian, Liputan6




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top