(Video) “Sapa Balik Malam Konfem Kena Kacau,” Dakwa Pejabat ‘Keras’, Rakaman CCTV ‘Tangkap’ Entiti Misteri

Tidak dapat dinafikan bahawa ada perkara yang tak dapat dijelaskan namun ramai yang ketahui akan kewujudannya. Malah terkadang ada perkara yang lebih baik tak terlihat dari muncul di depan mata.

Zakuan Zaidi ada memuatnaik rakaman CCTV di laman twitternya berkongsikan kisah misteri yang didakwa terjadi di pejabat isterinya. Menurutnya, ramai pekerja di pejabat tersebut sering berasa takut terutamanya pada waktu malam.

Antara bunyi-bunyi yang sering diceritakan bila waktu malam menjelma, akan terdengar bunyi kerusi dan meja seolah-olah ada org dalam office. Bunyi keyboard macam ada orang sedang menaip dan bunyi printer.

Minggu lepas kerani bagitau yang botol spray perfume dia sering beralih kedudukan. Padahal sebelum ni botol tu terletak elok je takda sapa-sapa usik. Jadi, salah seorang pekerja amik keputusan untuk siasat melalui rakaman CCTV dalam office.

Ciapan misteri tersebut nyata menarik perhatian warga net yang pantas berkongsikan pendapat mereka tentang apa yang dilihat dalam video tersebut.

Nampak lelaki berbongkok besar, tubuhnya berdiri menghadap PC yang menyala tu

Clear giler nampak benda tu bergerak, belah kiri bawah ye

Kiri video tu macam ada asap yang bergerak, depan PC tu benda hitam gerak-gerak

Aku boleh nampak jelas, tak tipu! Aku perhati betul-betul, yes memang ada tu

Lepas je botol spray tu jatuh, ada benda warna putih bergerak laju ke atas

Yang duduk mencangkung tepi dinding tu ke?

Weyy aku nampak ada asap gerak-gerak ke kiri bawah

Ada juga yang mencadangkan supaya solat dan buat bacaan Yassin ramai-ramai di kawasan office

Sumber: Zakuan Zaidi




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top