(Video) Kira-Kira 11 Kapal Terbang Bawa Komrad, Ultras Malaya Suarakan ‘Amaran’, Sedia ‘Serang’ Vietnam

Kekuatan bagi sesebuah pasukan bola sepak sememangnya bergantung kepada aksi yang dipamerkan oleh seluruh pemain ketika beraksi. Walaupun begitu, sokongan padu yang diberikan oleh penyokong-penyokong turut memberikan impak yang besar terhadap aksi yang dipamerkan.

Menjelang perlawanan Harimau Malaya menentang pasukan Vietnam bagi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sebentar lagi, rata-rata rakyat Malaysia sudah pastinya menagih aksi terbaik yang akan dipamerkan oleh skuad anak buah Tan Cheng Hoe.

Begitu juga yang dirasakan bagi pemain yang ke-12, Ultras Malaya yang sudah tiba di perkarangan Stadium My Dinh, Hanoi sejak petang tadi. Kehadiran mereka di Stadium Hanoi sudah pastinya dapat menyuntik semangat para pemain untuk mempamerkan aksi lincah dan boleh memenangi perlawanan pada malam ini.

Menerusi laman Twitter rasmi Ultras Malaya dengan nama UM’07, dikongsikan keberadaan ‘Ekor Harimau Malaya’ yang telah menjejakkan kaki di Stadium Hanoi seawal petang tadi lagi.

“Menyusup di tengah-tengah hutan untuk ke stadium”

https://platform.twitter.com/widgets.js

https://platform.twitter.com/widgets.js

Ultras Malaya juga memberi amaran kepada pasukan lawan bahawa mereka telah tiba di luar stadium dan akan memberikan sokongan sepenuh hati buat pasukan negara.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Jumlah penyokong yang berada telah tiba di Stadium Hanoi tidak dapat dipastikan, namun menurut UM’07, sekitar 11 kapal terbang digunakan untuk membawa komrads Ultras Malaya ke Hanoi. Ketika di Hanoi, sebanyak 20 buah bas telah digunakan untuk membawa mereka semua ke stadium.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Menerusi perkongsian terbaru di laman Twitter UM’07, gambar perkarangan stadium dilihat dihiasi dengan jalur gemilang yang menandakan kewujudan “Ekor Harimau Malaya’ di sana.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Kali terakhir kedua-dua pasukan tersebut bertembung ialah pada tahun lepas iaitu bagi Kejohanan AFF Suzuki Cup 2018 yang mencatatkan keputusan memihak kepada Vietnam dengan hanya mencatatkan hanya satu jaringan. Walau bagaimanapun, ekoran persembahan aksi terbaik yang dipamerkan oleh anak buah Tan Cheng Hoe diharapkan dapat membawa bekalan selesa bagi perlawanan kedua yang dijadualkan berlangsung pada Mac tahun hadapan.

Kemeriahan di ruangan Ultras Malaysia dilihat begitu meriah dengan sorakan ‘chant’ yang dinyanyikan.

“Malaysia Sehati Sejiwa”

https://platform.twitter.com/widgets.js

Sokongan Harimau Malaya diharapkan dapat menyuntik semangat para pemain sehingga boleh memberi kemenangan kepada pasukan Malaysia.

Sumber: UM’07




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top