(Video) Kek Lapis Sarawak Muncul Dalam Program Masakan Popular Britain, Juri Cakap Kek Paling Sukar Nak Dibuat

Sebagai rakyat Malaysia, kita pastinya sudah tidak asing lagi dengan kek lapis Sarawak. Rupanya yang penuh warna-warni serta rasanya yang sedap pasti akan membangkitkan selera kita.

Namun, pada baru-baru ini kita sebagai rakyat Malaysia boleh berbangga kerana makanan yang popular berasal daripada Bumi Kenyalang iaitu kek lapis Sarawak, telah dijadikan sebagai menu utama yang perlu dihasilkan oleh peserta dalam satu pertandingan sebuah rancangan memasak di Britain iaitu The Great British Bake Off 2019.

Menurut juri yang juga selebriti chef Britain, Paul Hollywood, hidangan kek lapis ini dipilih kerana ianya adalah antara hidangan yang sukar untuk dibuat. Justeru, ianya diharapkan akan dapat menguji kreativiti serta memberikan cabaran untuk para peserta yang bertanding.

Seramai lapan orang peserta dalam pertandingan yang memasuki episod 7 itu perlu menyiapkan tugasan membuat kek lapis Sarawak bagi mengagumkan juri.

Dengan penampilan khas kek lapis tersebut sebagai salah satu tugasan menu yang perlu disiapkan oleh peserta, ianya secara tidak langsung telah mempromosikan serta mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Sumber: Facebook




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top