(Video) ”Habis Tercampak Mama Kat Tengah Jalan Raya,” Anak Bengang Pemandu Kereta Lari Lepas Rempuh Ibu

‘Kurang ajar’, itu apa yang dikongsikan oleh seorang gadis mengenai sebuah rakaman kejadian kemalangan yang menimpa ibunya baru-baru ini.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Jalan Kuching, ibu gadis tersebut yang menaiki motosikal dipercayai dilanggar oleh sebuah kenderaan. Malangnya, pemandu kenderaan bukan sahaja tidak mambantu mangsa malah suspek bertindak melarikan diri.

Menerusi rakaman yang berdurasi 27 saat, kelihatan orang awam cuba meminta pemandu berkenaan untuk keluar daripada kereta. Namun, pemandu kereta itu enggan keluar dan terus memecut laju tanpa memperdulikan orang awam yang berada di situ.

Semoga Allah bagi balasan kat kau wahai pemandu kereta

Menurut gadis tersebut, susulan kemalangan itu ibunya mengalami kecederaan teruk di bahagian muka dan lutut.

Terima kasih untuk semua yang membantu

Netizen turut memberikan pelbagai reaksi mengenai rakaman tersebut. Rata-ratanya meluahkan ketidakpuasan hati mereka mengenai tindakan suspek dan berharap suspek segera ditangkap.

Kalau aku dah pecah cermin kereta tu

Kenapa tak ketuk cermin kereta dia dengan helmet

Tonton video di bawah :

Sumber : Twitter nufaaa_




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top