(Video) Gara-Gara Kos Rawatan Tinggi, Lelaki Kejam Lempar, Pijak Anjing Peliharaan

Memiliki haiwan peliharaan ternyata boleh menceriakan hidup seseorang, namun menjaganya bukanlah sesuatu yang mudah. Perkara ini kerana haiwan peliharaan juga merupakan kehidupan yang memerlukan penjagaan rapi supaya kesihatan tubuh badan terjamin. Penjagaan rapi itu termasuklah membawa haiwan tersebut ke klinik haiwan bagi mendapatkan rawatan sekiranya mengalami kecederaan ataupun sakit.

Namun, lain pula yang dilakukan oleh seorang lelaki yang bertindak melemparkan anjing dengan kuat selepas dikatakan berang dengan jumlah bil perubatan haiwan yang sangat tinggi. Menerusi rakaman CCTV, lelaki berkenaan dilihat menarik anjing itu daripada pegangan seorang doktor haiwan dan melemparnya ke lantai dengan kuat.

Bukan setakat itu sahaja, lelaki itu turut bertindak menendang anjing itu beberapa kali. Kanak-kanak kecil dipercayai anak perempuannya yang turut berada di situ menghalang lelaki berkenaan daripada meneruskan perbuatannya.

Menurut doktor haiwan berkenaan, anjing tersebut mengalami penyakit jantung dan telah menerima rawatan selama empat hari sebelum insiden tersebut. Kos rawatan yang perlu ditanggung oleh lelaki berkenaan adalah kira-kira RM300 hingga Rm350 (500 hingga 600 yuan). Melihat kepada keadaan anjing tersebut yang kritikal, doktor bersetuju untuk mengetepikan kos perubatan sekiranya anjing itu tidak dapat bertahan.

Tidak lama selepas itu, keadaan anjing tersebut bertambah baik dan lelaki berkenaan dimaklumkan perlu membayar kos perubatan sekitar RM176 (300 yuan). Walau bagaimanapun, dia enggan membayar dan memutuskan untuk mengeluarkan haiwan itu dari hospital berkenaan.

Apabila dipaksa untuk menyelesaikan bayaran itu, lelaki berkenaan bertindak melemparkan dan memijak anjing tersebut. Menurutnya, sekiranya anjing tersebut mati, dia tidak perlu membayar kos perubatan.

Jika anjing itu mati, saya tidak perlu membayarnya, betul ?

Gambar: Pearvideo.com

Mujurlah, anjing tersebut terselamat daripada kecederaan yang boleh meragut nyawa dan sekarang berada dalam keadaan yang stabil.

Sumber: Asia One / Mothership.sg




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top