(Video) “Ada Pakcik Umur 70 ‘Usya’ Kawan Saya, Cakap Isteri Dia Tak Boleh Bagi Kepuasan”, Pekerja Farmasi Kongsi Cerita Jumpa Lelaki Miang Keladi

Penafian: Artikel ini bukanlah agenda sexism namun perkongsian realiti semasa yang berlaku sebagai pengajaran untuk semua.

“Perempuan yang malang adalah perempuan yang salah pilih suami.”

Mungkin ada benarnya kata orang, perkahwinan ini ‘perjudian’ bagi wanita. Jika berjodoh dengan lelaki yang salah, pasti menderita selagi tidak berpisah. Silap haribulan, selepas berpisah pun dikejar lelaki gila talak.

Hubungan yang tidak sihat bukan sahaja menjejaskan hubungan suami isteri, tetapi turut memberi kesan kepada anak-anak kerana mereka memerhatikan segala perbuatan ibu bapa mereka.

Anak-anak yang lahir dalam keluarga harmoni biasanya akan menjadi individu penuh kasih sayang kepada ibu bapanya. Namun mereka yang membesar dalam keluarga bermasalah cenderung menghadapi masalah pada kemudian hari, termasuk berdendam dengan ibu atau bapa sendiri sehingga ada yang sanggup pergi membawa diri.

Tak boleh salahkan anak semata-mata kerana ibu bapa lah yang menyediakan persekitaran positif atau negatif kepada anak-anak semasa membesar, sejak mereka kecil.

Baru-baru ini, beberapa pengguna Twitter berkongsi ciapan mengenai pengalaman mereka menyaksikan layanan buruk suami kepada isteri, membuatkan warga maya panas hati dan sebahagian wanita ‘fobia’ untuk mendirikan rumah tangga.

Kerja di farmasi, jumpa si tua keladi

Umur dah 70, patut fikir mati

Kisah itu hanya permulaan. Individu berkenaan turut berkongsi pengalaman lain ketika bekerja di farmasi tersebut.

Suami meng’usya’, anak bini dalam kereta

Isteri tak ada duit duit bayar ubat, suami suruh bayar sendiri

Sementara itu, seorang pengguna lain turut berkongsi pengalamannya bekerja di sebuah kedai barangan bayi.

“Isteri pilih barang perut sarat, masa bayar suami keluar hisap rokok, terkulat-kulat isteri cari kad dalam beg.”

Isteri pilih barang bayi, suami marah-marah atau buat ‘tak kisah’

Berikutan itu, ramai netizen turut berkongsi pengalaman yang serupa.

Isteri beli ubat, suami maki-maki sebab lambat

Isteri lepas bersalin beli ikan, suami tunggu dalam kereta sambil main telefon

Isteri kelam kabut beli barang, suami main telefon biar anak lari berterabur

Lebih menyedihkan, seorang pengguna berkongsi kisah arwah rakan sekerjanya yang hanya diberi duit belanja RM5 sehari oleh si suami.

Banyak kisah serupa di pejabat agama

Kisah-kisah ini membuatkan ramai wanita takut untuk memasuki alam rumah tangga kerana risau bertemu dengan individu yang salah.

Perkahwinan ibarat memperjudikan hidup kau dengan orang lain

Kahwin bukan sehari dua

Oleh itu, ramai yang menekankan betapa pentingnya mengenali sikap pasangan sebelum berkahwin, terutamanya dalam pemilihan suami.

Periksa sikap bakal suami sebelum kahwin

Tunang tak semestinya kahwin

Ramai yang beranggapan pertunangan mesti berakhir dengan perkahwinan dan malu jika putus tunang. Namun mentaliti ini harus diubah kerana pertunangan hanyalah fasa untuk lebih mengenali pasangan masing-masing. Jangan kerana terlalu risaukan mulut masyarakat, akhirnya diri sendiri merana.

Macam mana nak pilih bakal suami yang betul?

Bercakap tentang pemilihan suami, biarlah orang yang lebih layak yang berbicara. Jom kita dengar perkongsian daripada Perundingcara Rumah Tangga, Ustazah Asma Harun.

“Allah yang memberi rasa cinta. Apabila cinta tu kita jaga, subhanallah makin kuat rasa cinta itu.”

Beliau juga pernah berkongsi kisah berhadapan dengan suami isteri bermasalah semasa menjadi perundingcara rumahtangga di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Menurut beliau, punca masalah rumahtangga adalah solat.

“Puncanya adalah solat. Maka ubatnya adalah solat.”

“Kamu jaga Allah, Allah akan jaga kamu.

“Sesiapa tinggalkan solat, maka dia meruntuhkan agama dan hidupnya.

“Runtuhkan kehidupan dia suami isteri, runtuhkan kehidupan dia dan anak-anak..”

Kepada lelaki, hargailah isteri anda

Penulis teringat kata orang-orang tua, suami yang menghargai isteri akan dihargai anak-anaknya, dan begitulah sebaliknya. Jika diperhatikan, ada benarnya.

Jangan bila dah tua atau jatuh sakit, anak-anak pun tak sanggup jaga, cuci najis anda sebab berdendam atas apa yang anda lakukan kepada ibu mereka.

Sumber: Twitter




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top