Vdeo Gopinathan Lafaz Kalimah Syahadah

Baru baru ini, bekas pemain mewakili pasukan Pahang, Selangor serta JDT itu dipercayai telah sah memeluk agama Islam dan menerusi rakaman video yang tular di media sosial itu.

Di dalam rakaman video itu telah memaparkan pemain bola bernama R. Gopinathan itu telah melafaz kalimah syahadah telah kini masih lagi tular di media sosial.

Dikatakan pemain sayap bagi pasukan PDRM FA itu dia akan menggunakan nama baru nya iaitu Muhammad Gopi Rizqi Bin Rama Chandra selepas dia bergelar mualaf.

Rakaman vdeo yang berdurasi 45 saat itu, memaparkan R. Gopinathan sedang mengucapkan lafaz kalimah syahadah bersama dengan seorang lelaki  dipercai sebagai saksinya di pejabat Majlis Agama Islam Pahang.

Jelasnya “ SUDAH lama saya tertarik dengan Islam apabila sering melihat rakan solat dan menjalani kehidupan sebagai muslim.”

“ Kira-kira dua tahun saya memendam hasrat untuk memeluk Islam sebelum hari ini hati saya terbuka mengucap dua kalimah syahadah secara rasmi.”katanya

Nonton rakaman detik detik saudara baru melafazkan syahadah.

“ Alhamdulillah segalanya berjalan lancar,” katanya.

Gopi memberitahu lagi “ Saya ditemani ibu saudara hari ini dan melafazkan kalimah syahadah di hadapan seorang ustaz.

Dia kini berusia 30 tahun itu berkata, hasratnya untuk memeluk Islam sudah diketahui keluarganya sebelum ini dan mereka menerima dengan baik.

Tambahnya lagi “ Sebelum ini ada tiga empat saudara terdekat saya memeluk Islam, saya telah banyak memerhatikan tentang cara kehidupan mereka selain melihat rakan Islam yang lain.

“ Apabila melihat mereka solat dan menjalani ibadah membuatkan saya tertarik,” katanya.

Dah Baca Jgn Lupa Share Yerrr..Steady laaa..

Sumber:catatanterakhir




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top