Sakit Disepak Rakan Ketika Bermain Melarat, Kaki Adik Hafiz Terpaksa Dipotong Derita Kanser Tulang

Seorang kanak lelaki berusia 7 tahun dipercayai menderita akibat daripada penyakit yang ditanggungnya itu. Lebih pilu lagi, melihat keadaan anak kecil ini terpaksa berjalan dan bermain menggunakan sebelah kaki sahaja tanpa kaki palsu. Malah tidak dapat meneruskan persekolahan.

Menurut laporan berita, kaki kiri adik Mohamad Hafiz terpaksa dipotong akibat kanser tulang.

Menurut ibunya, dia tidak menyangka kesakitan di kaki anaknya itu daripada terkena sepakan rakan ketika bermain membawa sejarah hitam kepada anak kecil ini sehingga terpaksa kaki kirinya dipotong.

Difahamkan dalam video ini, Rosidah terpaksa menangung kos rawatan serta susu khas untuk anaknya itu. Tambahnya lagi, mereka terpaksa menanggung kos rawatan sebanyak RM 300 setiap kali menerima rawatan.

Bagai ditimpa tangga apabila suaminya dikatakan terpaksa menerima gaji hari pada masa ini kerana kerap mengambil cuti untuk membawa anaknya mendapatkan rawatan lanjut.

Untuk sesiapa yang baik hati dan ingin hulurkan bantuan kepada keluarga ini, ini adalah nombor akaun bank ibu kepada adik Muhamad Hafiz.

Bank Islam 06028024880440 di atas nama Rosidah Kamisan. Atau terus menghubungi keluarga ini di talian 019-9485141

Sumber: RTM




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top