Nasir terkilan Amy Search tak hadir akhirnya Amy buka mulut

KUALA LUMPUR – Pemain bass kumpulan Search, Nasir mengalirkan air mata apabila vokalis kumpulan lagenda berkenaan, Amy tidak dapat memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Yazit Ahmad yang meninggal dunia pukul 11.53 pagi tadi.

Kata Nasir atau nama sebenanrya, Nasir Daud, dia terkilan disebabkan hal itu.

“Amy ada telefon saya malam semalam. Dia mohon sampaikan salam dan minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki,” kata Nasir tidak dapat menahan sebak lalu mengalirkan air mata.

Tambah Nasir, 60, dia terkilan namun faham dengan keadaan Amy yang kini sedang berada di Jakarta, Indonesia atas urusan kerja.

“Saya faham dia (Amy) ada kerja tapi sebagai adik-beradik Search, kami perlukan dia.

“Amy juga terkilan tidak dapat balik. Saya cakap dengan dia, kalau boleh sampai cepat, baliklah. Kalau tiada tiket penerbangan, anggap sahaja takdir dan redalah,” ujarnya.

Jelas Nasir lagi, dia seperti tidak boleh menerima kenyataan apabila Search tidak lengkap pada penghujung hayat Yazit.

“Band ini bukan baharu. Hampir 40 tahun kami bersama. G@duh, ketawa dan segala-galanya kami lakukan segalanya. Yazit tetap ahli Search dan dia tiada galang gantinya,” kata Nasir lagi.

Terdahulu, sekitar 2016, Amy didakwa pecah amanah apabila tidak memberikan bayaran persembahan terhadap Yazit.

Bagaimanapun, Amy menjelaskan beliau sama sekali tidak akan melakukan perkara tersebut kerana pendapatan beliau sendiri sudah mencukupi buat dirinya.

Dalam pada itu, Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman menyampaikan salam takziah di atas pemergian Yazit.

“Saya dengan rendah hati menyampaikan salam takziah di atas kepulangan Yazit ke Rahmatullah hari ini.

“Semoga segala amalannya sepanjang di dunia diperhitungkan dan roh beliau dicucuri rahmat,” ucap Amy melalui satu kenyataan kepada media sebentar tadi.

Amy juga memohon maaf kerana tidak dapat menziarah dan menghadiri majlis pengeb@mian Allahyarham Yazit kerana kini berada di Jakarta, Indonesia.

Vokalis tersebut terikat dengan tanggungjawabnya sebagai komentator di program Golden Memories Asia untuk siaran Indosiar di Jakarta, Indonesia.

“Saya meminta maaf kerana masih perlu melunaskan tanggungjawab sebagai komentator bagi  Golden Memories Asia yang masih akan bersiaran langsung pada malam ini.

“Sekali lagi salam takziah buat seluruh keluarga Yazit. Semoga tabah menghadapi pemergiannya,” kata Amy lagi.

sumber : kosmo




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top