Komen Zoey Rahman Bila Dikatakan Cemburu Dengan Hubungan Nana Dgn Khai Bahar

Terbaru, Zoey 34, sempat menafikan dia sebenarnya berasa cemburu melihat keakraban hubungan Siti Nordiana dengan penyanyi Khai Bahar, pasangan duet lagu Satukan Rasa itu kini sibuk di lokasi penggambaran drama yang menggandingkan mereka berdua.

Dilihat ketika menjawab soalan wartawan media berhubung perasaan cemburu itu, Zoey atau nama sebenar Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman berkata tidak ada sebab untuk dia berasa cemburu.

Zoey berkata  “ Walau beribu kali perlu dijelaskan hubungan rapat bersama penyanyi Siti Nordiana hanya sahabat baik, saya akan lakukan. Sebenarnya dari dulu sampai lah sekarang hubungan kami berpaksikan persahabatan, ianya tidak lebih daripada itu,” jelas pelakon dan pengacara Zoey Rahman.

“ Kenapa saya perlu cemburu tentang hubungan rapat Nana bersama Khai? Dia (Nana) bukan kekasih saya. Lagi lagi, kedua-duanya adalah kawan baik saya. Sebagai rakan yang amat rapat, saya akan terus menyokong kerjaya seni mereka berdua.

“ saya amat yakin Nana lebih mengenali siapa saya kerana persahabatan kami sudah lama terjalin, ” jelasnya.

Walaubagaimana pun, Zoey turut memohon maaf kepada peminat Nana dan Khai yang salah faham dengan persahabatannya. sebelum ini, Zoey memberitahu banyak menerima mesej langsung DM di Instagram dari peminat Nana dan Khai.

Boleh dikatakan kebanyakan mereka kurang senang dengan tindakan Zoey yang dianggap cuba mengganggu publisiti drama percintaan lakonan Nana dan Khai.

Zoey menjelaskan, dia masih tahu menjaga batas batas pergaulan di dalam  persahabatan mereka dan hingga kini saya tidak pernah berseorangan bila ke rumah Nana.

“ Jikalau berkunjung ke rumah Nana, saya selalunya akan pergi bersama pengurus. Tidak pernah lagi saya berkunjung ke rumahnya seorang diri. Apatah lagi, Nana pun tinggal bersama ibu bapa serta anaknya, Rayyan Nakhaie. Tidak terkecuali, pengurus dan jurusoleknya pun ada bersama, ” katanya.

Sempat mengulas lanjut mengenai hubungan rapat dia dengan Rayyan (anak nana)katanya, anak lelaki tunggal Nana itu sudah pun dianggap seperti anak saudaranya sendiri.

Pada sekitar tahun 2017, Zoey Rahman mengakui memang dia pernah mengeluarkan kenyataan mengenai penyanyi popular, Siti Nordiana Alias atau Nana yang disifatkannya memiliki ciriciri wanita idaman.

Zoey bercerita perkara itu adalah kenyataan secara umum ianya menjurus pada kriteria seorang wanita yang menjadi idaman setiap lelaki untuk dijadikan isteri.

” Sebagai seorang lelaki, memang saya akan mencari wanita yang memiliki sikap lemah lembut, penyayang, sopan santun dan bertanggungjawab kepada keluarga untuk dipilih sebagai teman hidup nanti.

“Jikalau dilihat pada keperibadian Nana, beliau memiliki semua kriteria itu. Cuma, kenyataan saya tidaklah dituju pada Nana seorang sahaja tetapi ianya adalah secara umum buat wanita lain juga,” katanya kepada wartawan hiburan Harian Metro.

Dah Bca Jangan Lupa Sharekan Yer..

Sumber:asiakini




Post a Comment

0 Comments