“Body Contact Macam Lelaki,” Aksi Gadis Cilik ‘Langgar’ Pemain Lelaki Sampai Tumbang, Bakat ‘Baby’ Buat Netizen Kagum

Sukan bola sepak sangat sinonim dengan kaum lelaki. Bagi pandangan masyarakat, kaum wanita tidak mempunyai bakat yang setanding kaum lelaki mempunyai kemahiran semulajadi menendang bola.

Namun, kali ini korang akan terkejut dengan skill yang ditonjolkan oleh seorang gadis cilik yang licik bermain bola sepak dipadang bersama-sama pasukannya majoriti adalah lelaki.

Menurut sumber, nama yang diberi adalah Baby yang berasal daripada Seremban mempunyai bakat terpendam yang luar biasa.

“Nama dia Baby. Gadis Seromban. Kalau perlu guna kabel untuk pastikan dia main Malaysia suatu hari nanti, Jang akan guna. Power nak mampus”

Jika anda lihat pada video yang tular tersebut, Baby merupakan pemain perempuan tunggal dengan bakat yang ada pada gadis cilik ini sangat memberikan keterujaan kepada penonton. Ya, lelaki pun boleh tumbang dengan sepakan yang diberikan olehnya.

Rata-rata netizen memberi komen yang padu untuk ‘Adik Baby’ ini.

“Selamba dia header jang”

“One by one dia tak bagi muke”

“Menongeng kawan tu dikojo eh”

“kono pakai cokak rambut macam kobin ong tu, harap jangan potong rambut pendek”

“Hati kering baby ni”

“Lebih baik stamina dia dari budak lelaki”

 

Sumber: Ultra Jang




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top