“Benda ni dah terkenal kan dia tak tahu” Rita sungguh pertahan anak tapi Aidil buat tak tahu?

Hangat diperkatakan mengenai pelakon jelita Rita Rudaini berkenaan kes fitn@h yang melibatkan status taraf kedua-dua anak lelakinya, hasil perkahwinan dengan bekas suami iaitu pemain bola negara, Aidil Zafuan Abdul Razak.

Ditanyakan mengenai maklum balas Aidil berkenaan isu fitn@h tersebut, Rita memberitahu bahawa tiada sebarang tindakan daripada bekas suaminya itu.

“Benda ini dah viral takkan dia tidak tahu…” – Rita
Menurut Rita, hanya dia seorang sahaja berusaha menegakkan keadilan untuk anak-anaknya. Meskipun isu tersebut telah tersebar luas, namun pelakon itu menyatakan tidak mendapat sebarang maklum balas daripada bekas suami.

“Saya tidak dapat apa-apa respon daripada bekas suami untuk melindungi anak-anaknya. Sampai sekarang ini tidak ada langsung khabar berita daripadanya, Benda ini dah viral takkan dia tidak tahu. Duduk dalam gua ke…”

 

Pemilik IG dah minta maaf
Sebelum ini, Rita telah mengambil tindakan drastik dengan bertindak membuat laporan polis terhadap pemilik akaun yang didakwa memfitn@h status taraf kedua-dua anak lelakinya di Instagram .

Dua orang pemilik akaun tersebut telah menemui Rita di Balai Polis Mutiara Damansara kira-kira pukul 8.30 malam semalam bagi memohon maaf atas kesalahan mereka.

Setakat ini, Rita memaklumkan bahawa dia menerima permohonan maaf tersebut namum masih mempertimbangkan keputusan untuk meneruskan saman malu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. page Kami

sumber : ohmymedia




Post a Comment

0 Comments