Adik Elfira Loy iaitu Esliza Loy sebak melihat wajah anak buah baru

Semalam, pelakon kecil molek Elfira Loy telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki, berita gembira yang dimaklumkan menerusi IG aktres tersebut, mendapat ribuan ucapan syukur dan tahniah.

Turut berasa terharu sehingga tidak dapat menahan sebak adalah adik kepada Elfira iaitu, Esliza Loy yang terus mengalirkan air mata sejurus melihat wajah anak buahnya.

Teruja dapat anak buah pertama

Esliza yang kini berada di Korea Selatan, atas tuntutan kerja, hanya melihat wajah anak buahnya yang pertama menerusi panggilan video, sudah cukup membuatkannya berasa sangat gembira.

Tak sabar nak balik gomol awak

Malah, menerusi muat naik di Instagram, adik kepada pelakon cantik itu sempat berkongsi video kakaknya sehari sebelum melahirkan. Esliza tidak sabar mahu pulang ke Malaysia untuk bertemu anak buahnya itu.

“Assalamualaikum baby, tunggu Aunty Chic balik kay,Habis la awak, saya cakap lahir after saya balik Korea kan. Tak sabar nak gomol awak…”

Elfira yang mendirikan rumah tangga bersama Faris Anuar, pada 1 Januari 2018 telah selamat menimang cahaya mata pertama pada 1 Oktober 2019.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. page Kami

sumber : esliza loy  kredit : ohmymedia




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top