Ada Individu Yang Meracunii Fikiran Adira

Bila ditanya mengenai pendirian Adira yang tetap ingin meneruskan percera1an, Datuk Red sendiri akui memang tidak faham dengan pendirian isterinya itu yang sering berubah rubah.

Datuk Red berkata, sebenarnya ada pihak yang ingin melihat dia dan isterinya, penyanyi Adira Suhaimi berpisah.

Walaubagaimanapun jelasnya, meskipun ada tangan tangan ajaib itu yang ingin melihat mereka berpisah, dia dengan sedaya upaya akan jua menyelamatkan perkahwinan ini.

Jelasnya lagi“ Sebagai ketua keluarga saya akan cuba sedaya upaya mempertahankan rumah tangga kami meskipun tangan ajaib itu dalam kalangan keluarga sendiri,” katanya.

Tambahnya, sebagai seorang manusia dia sebenarnya tidak lari daripada melakukan kesilapan namun seseorang itu akan cuba memperbaiki kelemhan diri dan menyelamatkan perkahwinan mereka.

“ Sebelum ini saya akui tidak memiikul tanggungjawab dengan begitu serius. Saya banyak leka dengan banyak perkara. Malah dulu ketika sibuk dengan urusan duniawi, saya pernah kata kalau perempuan pergi dalam hidup ini, boleh dicari lain.

“ Akan Tetapi sekarang saya tak nak semua itu. Allah Swt sudah memberi petunjuk, walaupun dah terlewat tapi saya masih ada harapan sebelum perkahwinan ini hancur,” Jelasnya

“ Semua sudah sedia maklum bahawa dia (adira)memohon percera1an ini sejak dari April lagi. Kadangkala saya memang akui tidak berapa faham dengan hati dan perasaan dia. Ini salah satu contoh, malam sebelum perbicaraan sebelum ini kami ada berbincang supaya dia menarik balik semula kes terbabit dan reda namun boleh bertukar fikiran pula. Mungkin ada individu yang menghasutnya. Apapun saya tidak boleh menjangka hati dia, akan tetapi saya akan pertahankan hubungan ini demi anak,”

Seblum ini Adira telah memfailkan permohonan cerainya terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak. Adira memfailkan permohonan itu pada 1 April yg lalu dan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Semasa disoal Hakim Syarie Mohd Faizal Habib mengenai pendirian Adira berhubung permohonan cerai itu, dia menjawab saya tetap mahu teruskan perceraian ini.

Bagaimanapun, Datuk Red ketika disoal oleh Mohd Faizal membantah permohonan isterinya itu. Datuk Red, merupakan seorang ahli perniagaan dan telah menikahi bersama Adira di Songkhla Thailand dan dia (Adira) merupakan isteri kedua pada 3 Disember 2015.

Adalah amat penting untuk kita sentiasa meletakkan pasangan kita sebagai nombor satu, berbanding orang lain. Selepas ada anak, amat mudah untuk kita terlepas pandang tentang hal ini. Keperluan fizikal dan emosi suami atau isteri sering diabaikan sehingga mereka mula rasa tidak disayangi.

Suami atau isteri anda adalah tiang sokongan utama dalam hidup anda. Hargai dan berikan mereka keutamaan sentiasa. Kata-kata seperti “terima kasih”, “saya minta maaf”, dan “saya sayang awak” jangan pernah lupa untuk diucapkan setiap hari.

Ia mungkin nampak remeh-temeh sehinggakan ada yang berasa pasangan mereka mengada-mengada jika dia mahu anda mengucapkan kata-kata ini selalu. Bukan begitu, kata-kata manis dan ucapan penghargaan sebegini amat penting untuk didengari oleh pasangan. Ia adalah tanda pengakuan ikhlas dari seorang insan bergelar suami atau isteri.

Diharap pasangan ini dapat mencari jalan penyelesaian yang baik untuk kedua dua pihak.

Sumber: monyethijau




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top