Zizan usik Hawa Rizwana bila ditanya soal jodoh

SETIAP kali diajukan soalan mengenai jodoh, pelakon dan pelawak Zizan Razak pasti mempunyai cara tersendiri untuk mengelak untuk berbicara mengenainya.

Kali ini jawapan pelakon Polis Evo itu kelihatan lebih kreatif apabila menjadikan wartawan dan penyampai berita TV3, Hawa Rizwana Redzuan sebagai ‘sasaran’ yang secara kebetulan turut sama menghulurkan mikrofon kepadanya.

“Kenapa pandang dia (Hawa) apabila tanya soalan tentang jodoh? Anda rasa dia sesuai?

“Tipulah kalau tak terfikir soal kahwin, kalau boleh saya nak seorang wanita yang bertudung dan boleh bercakap serta mengacara,” kata Zizan sambil beberapa kali memandang ke arah Hawa.

Sememangnya Zizan layak mendapat Anugerah Pelawak Terbaik,dalam-dalam wartawan tanya sempat buat lawak sambil memandang pada Hawa Rizwana  bila ditanya tentang soal jodoh dan sempat berseloroh lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. page Kami

sumber : mstar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top