Warganet Bongkar Identiti Empat Individu Yang Buat Hal Sampai Permaisuri Agong Padam Twitter

” Aku suka tengok twitter sebab everytime aku bukak, mesti ada post daripada Raja Permaisuri Agong @cheminahsayang . I love to see Her updates every day, it cheers up my day. Our Queen, please come back.”

Demikian komen seorang warganet yang mengakui rindukan status update dari Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah dan berharap baginda kembali mengaktifkan Twitter.

Malah sejak beberapa hari lalu juga heboh di media sosial apabila berita tentang Tunku Azizah memadam akaun peribadi Twitter baginda yang turut mendapat perhatian selebriti tanahair yang memberi komen dan pendapat mereka.

Ramai warganet meluahkan kekecewaan mereka dan tertanya-tanya apakah punca yang menyebabkan Tunku Azizah memadam akaun Twitter baginda.

Tidak dinafikan sebelum ini ada Tweet baginda yang mendapat respon dan komen negatif dari netizen. Bermula dengan komen jelik seorang gadis yang menyifatkan Tunku Azizah kebudak-kebudakan kerana sering bergambar.

Kemudian disusuli pula beberapa lagi komen jelik yang boleh dianggap mengguris perasaan Raja Permaisuri Agong itu. Perkara tersebut dibongkar sendiri oleh beberapa individu yang prihatin dan mahu tindakan diambil ke atas ‘pembuli-pembuli’ ini.

Difahamkan empat individu yang dipercayai menghantar ciapan jelik dan berbaur penghinaan terhadap Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berjaya dikenal pasti oleh warga maya hari ini.


EMPAT individu dipercayai menghantar ciapan jelik dalam Twitter hari ini

Tindakan membongkar dan mencari imej identiti pelaku itu dipercayai dilakukan susulan kempen dengan tanda pagar #AmpunTuanku bagi ‘memujuk’ Seri Paduka mengaktifkan semula akaun Twitter rasminya @cheminahsayang.

Kesemua gambar membabitkan seorang wanita dan tiga lelaki itu dikongsikan oleh pengguna media sosial, @AinulNunanaa sehingga mendapat sokongan lebih daripada 7,000 warga maya.

Dia juga berharap Seri Paduka menerima pujukan rakyat Malaysia apabila membaca ciapan positif daripada warga maya yang memohon keampunan dan perkenan Raja Permaisuri Agong itu.

“ Hendak baca Seri Paduka punya ciapan yang kadang-kadang bercakap tentang suami, anak-anak, resipi dan semangatnya,” tulisnya di sini hari ini.

@Puterinuraisha6 pula berharap agar kesemua individu itu dikenakan tindakan saman sebagai pengajaran kepada semua rakyat negara ini.

“ Mulut tidak reti jaga, kalau kau tak suka, diam sahaja. Sibuk hendak mengata, itu Raja Permaisuri bukan kawan-kawan kau,” tegasnya.

Akaun Twitter Seri Paduka dinyah aktif semalam dipercayai ekoran komen-komen negatif dan biadap daripada segelintir pengguna media sosial.

Kempen warga maya itu merupakan kesepakatan usaha untuk merayu Tuanku Azizah yang begitu disenangi oleh seluruh lapisan masyarakat mengaktifkan semula akaun Twitter baginda.

Kempen tersebut menjadi tular sehingga carian ‘Permaisuri Agong’ masih menjadi trending nombor satu disusuli #AmpunTuanku menduduki tangga ketiga ciapan paling banyak dalam laman itu.

Selain itu, warga maya turut menzahirkan sokongan dan mahu baginda mengabaikan komen-komen negatif yang tidak mencerminkan adab dan tatasusila rakyat Malaysia.

Sementara itu seorang individu yang dibongkar membuat akaun jelik tersebut telah membuat permohonan maaf kepada Permaisuri Agong.

“ Warkah ini adalah sebagai pengganti diri patik menyatakan kekesalan diri patik berlaku biadap terhadap tuanku. Patik hanyalah seorang rakyat biasa yang derhaka terhadap Rajanya dan kerabat-kerabatnya,” katanya.

Dia turut menyatakan kesediaannya untuk mengadap baginda untuk permohonan maaf sekiranya Tuanku Permaisuri berkenan untuk menerimanya.

“ Sesungguhnya patik tidaklah mengharap apa-apa melainkan pengampunan Raja Permaisuri Agong,” kata individu yang dikenali sebagai Firdaus Asraf

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Citer Santai

Sumber : utusan




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top