(Video)”Tuanku ”Humble” Dari Dulu Lagi”, Mak Syed Saddiq Kongsi Kenangan Bersekolah Dengan Permaisuri

Berikutan dakwaan seorang pengguna Twitter yang mendakwa kemesraan ditunjukkan tuanku di laman tersebut sebagai satu cara untuk memenangi hati rakyat, ramai warganet yang tampil membela baginda.

Rata-rata berkongsi pengalaman mereka bertemu sendiri secara empat mata dengan baginda dalam pelbagai acara.

Tidak ketinggalan, ibu kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berkongsi pengalaman beliau ketika bersekolah bersama Seri Paduka baginda di Sultan Ibrahim Girls School (SIGS).

Dalam video yang dikongsikan oleh Syed Saddiq melalui laman Twitter, ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz berkata Tuanku Permaisuri merupakan orang pertama yang mempelawanya menaiki kereta.

“Assalamua’laikum tuanku,

“Saya tak lupa akan tuanku sebab kita dulu satu kelas di Sultan Ibrahim Girls School..

“Masatu saya tak pernah naik kereta. Saya hanya naik beca dan bas. Tuanku lah orang pertama sekali yang ajak saya naik kereta dengan driver tuanku untuk hantar saya sampai ke atas rumah.

“Terima kasih tuanku dan saya ucapkan tahniah kepada tuanku.

“Rindu sangat, bila tengok tuanku senyum, gembira tuanku, gembiralah saya,” kata beliau mengakhiri ucapannya.

Sumber: Syed Saddiq




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top